Jangan terkejut tau sebab cara yang kami akan tunjuk ini sangat mudah dengan hanya beberapa klik sahaja dan juga ianya sangat pantas.
Sambil goyang kaki pun boleh setel, jom cuba!

Langkah 1 : Pergi Ke Website Ninite

InstallSoftware1

Anda buat carian ninite.com di Google dan kemudian pilih yang atas sekali seperti dalam gambar di atas.
Kemudian anda tekan untuk masuk ke website Ninite.

Langkah 2 : Pilih Software 

InstallSoftware2

Bila dah masuk website Ninite, anda scroll sedikit ke bawah nanti anda akan nampak banyak pilihan software yang disediakan mengikut kategori.
Anda hanya perlu tick seberapa banyak software yang anda nak.

Langkah 3 : Muat Turun Installer 

InstallSoftware3

Dah selesai tick kesemua software yang anda nak tadi, anda scroll sedikit ke bawah dan akan jumpa tab untuk muat turun iaitu tab Get Your Ninite.

Langkah 4 : Install Fail 

Installer yang anda muat turun di website Ninite tadi anda hanya perlu install.
Proses muat turun dan install software-software yang anda pilih tadi segalanya akan dibuat oleh Ninite.

Dah siap! Senang kan?
Lepas ni dah tak perlu susah-susah nak install software satu-satu atau minta tolong sesiapa buatkan.
Jangan lupa kongsi trick mudah ini kepada kenalan anda!

monalizavlog

View all posts

Add comment

Your email address will not be published.