Jika anda seorang yang suka main game, pasti anda pernah alami beberapa gangguan semasa bermain game kan?
Antaranya nilai FPS drop secara tiba-tiba, jadi untuk elak perkara ini dari terus terjadi anda boleh cuba 4 langkah mudah di bawah!

1) Rendahkan Kualiti Grafik

Anda boleh cuba rendahkan kualiti grafik 1 tingkat dari yang asal terlebih dahulu.
Penggurangan kualiti video dari Full HD 1080p (1080 x 1920) kepada 900p (900 x 1600) contohnya, dapat mengurangkan bilangan piksel sebanyak lebih kurang 30%.
Jadi meskipun paparan yang anda lihat kurang jelas tapi anda dapat bermain game dengan lancar tanpa halangan.
Cara untuk rendahkan kualiti grafik ini, anda kena buka tetapan game yang anda tengah main tu dan seterusnya ubah kepada tetapan rendah di ruangan tetapan grafik. 

2) Tutup Aplikasi Yang Tak Digunakan

Masih ramai yang tidak sedar sebenarnya terdapat banyak aplikasi atau program yang tengah terbuka atau running di background desktop anda.
Program dan aplikasi inilah yang akan memperlahankan permainan anda dan menyebabkan fps drop.
Caranya anda cari bahagian App di tetapan desktop anda dan pilih Startup kemudian anda disable segala aplikasi atau program yang anda tak perlu atau tak gunakan lagi. 

3) Tukar Refresh Rate Monitor

Caranya anda buka tetapan di desktop anda, pilih System - Display dan kemudian pilih lagi Advanced display.
Di ruangan Advanced display tu ada tukar nilai refresh rate monitor anda tu dari 60Hz ke 165Hz.
Nilai refresh rate yang tinggi bermakna paparan akan dikemas kini dengan lebih kerap dan seterusnya menghasilkan gerakan yang lebih lancar dan kurang gerakan yang kabur.
Namun ianya juga bergantung kepada jenis dan model hardware yang laptop atau Pc anda gunakan, sama ada menyokong nilai refresh rate yang tinggi atau sebaliknya. 

4) Kemaskini Driver Grafik Kad

Dengan mengemas kini driver yang terbaru, anda boleh menikmati ciri-ciri yang terkini serta dapat membantu menyelesaikan isu berkaitan grafik dan juga prestasi.
Cara untuk kemas kini driver ini sangat mudah, anda buka sahaja Nvidia Experience dan cek bahagian For Updates.
Jika ada pilihan untuk kemaskini, anda tekan sahaja kemaskini tersebut untuk dapatkan driver yang terkini daripada Nvidia.

Mudah kan 4 langkah di atas tadi? Anda boleh cuba buat sendiri je.
Jika anda sering mengalami masalah fps selalu drop semasa bermain game, anda boleh cuba dahulu 4 langkah di atas, selamat mencuba!

monalizavlog

View all posts

Add comment

Your email address will not be published.