Adakah anda salah seorang pemilik Pc gaming dengan spesifikasi yang padu dilengkapi monitor gaming pun yang padu tapi masih lagi menggunakan refresh rate 60Hz?
Jujur kami cakap sangat rugi kalau anda tak ubah refresh rate tu jadi 144Hz.
Tak tahu nak ubah macam mana? Jom kami tunjukkan!

Langkah 1 : Klik Kanan Desktop & Pilih Display

60Hz144Hz

Langkah 2 : Cari Advance Display

Bila dah keluar paparan tadi anda kena scroll sikit ke bawah nanti anda akan jumpa Advanced display dan tekan.

60Hz144Hz

Langkah 3 : Ubah Refresh Rate

Di drop down menu tu anda pilih refresh rate yang anda nak iaitu 144Hz.

60Hz144Hz

Lepas dah tukar nanti monitor anda akan berkelip sekejap dan akan keluar pop-out.
Anda kena pilih Keep Changes dan dah siap!
Sekarang anda sudah boleh main game dengan refresh rate yang tinggi. 

Jadi pemilik monitor di luar sana yang support refresh rate sehingga 144Hz ni pergi tukar sekarang.
Sangat rugi kalau anda tak manfaatkan dan guna kelebihan ni.
Cara nak tukar pun sangat mudah dan cepat.
Selamat mencuba! 

monalizavlog

View all posts

Add comment

Your email address will not be published.