Untuk pemilik laptop di luar sana yang mengalami pengalaman laptop asyik panas, nak buat kerja pun terganggu dan tak selesa, artikel kali ini semestinya untuk anda.
Sebelum membuat pembelian untuk sebarang cooler, anda kena kenalpasti dahulu kedudukan kipas pada laptop yang anda guna tu.

Kipas Di Bahagian Bawah

Kebanyakan model laptop sekarang datang dengan kedudukan kipas di bahagian bawah laptop.
Jadi cooler yang sesuai untuk laptop anda adalah yang seperti pelapik sama ada jenis berkaki atau yang biasa.
Di pasaran terdapat banyak sangat pilihan untuk cooler seperti ini dan anda boleh pilih sama ada nak cooler dengan bilangan kipas berapa, saiz kipas besar atau kecil serta kelajuan kipas tersebut.
Cooler seperti ini juga ada disediakan untuk laptop biasa dan juga untuk laptop gaming yang biasanya dilengkapi lampu RGB yang menarik.
Harganya pula bermula bawah RM20 mengikut jenis model sehingga melebihi RM100. 

Sesetengah cooler seperti ini juga datang dengan fungsi seperti meja yang mana ketinggiannya boleh dilaras mengikut kedudukan dan keselesaan anda. 

Jika laptop anda sesuai dengan cooler seperti ini, kami ada 1 model yang kelajuan kipasnya dijamin mampu menyejukkan laptop anda.
Model cooler ini juga sering dicari oleh ramai pelanggan kami dan rata-rata berpuas hati dengan prestasinya iaitu model Deepcool Multicore X6.

Kipas Di Bahagian Tepi

Kedudukan kipas di bahagian tepi pada sesebuah laptop agak jarang untuk dijumpai, hanya ada pada sesetengah model laptop dan biasanya laptop keluaran terdahulu.
Tapi sebenarnya kipas di kedudukan seperti ini ada kelebihannya juga, antaranya lubang angin kipas tidak mudah tertutup seperti kedudukan pertama tadi dan pengaliran udaranya juga akan lebih lancar.
Jika laptop anda datang dengan kedudukan kipas di bahagian tepi, anda tak boleh beli cooler seperti di atas tadi.
Bukan sahaja merugikan duit anda, malah kepanasan laptop anda tetap sama dan tidak akan berkurang.

cooler

Sebaliknya anda boleh beli cooler yang seperti vacuum ini.
Cooler ini direka dengan bukaannya perlu dipasangkan dengan rapat pada lubang angin kipas laptop, jadi ia mampu mengurangkan kepanasan laptop dengan lebih berkesan.
Dari segi harga ia sedikit mahal tapi dari segi keberkesannya memang sangat berbaloi dengan nilai yang anda bayar.
Berbanding model cooler pertama tadi, reka bentuk cooler jenis kedua ini yang ada di pasaran lebih kurang sama sahaja dan ianya lebih simple tanpa lampu RGB yang sarat. 

Jadi jika laptop anda mengalami suhu yang naik mendadak setiap kali menggunakannya dan anda berkira-kira untuk mendapatkan cooler, anda kena cek dahulu kedudukan kipas pada laptop anda tu.
Baru la anda tak rugi nanti dan laptop anda pun boleh beroperasi dengan normal. 

monalizavlog

View all posts

Add comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *