Berbanding internal HDD, internal SSD harganya jauh lebih mahal dan mempunyai beberapa pilihan kapasiti.
Harga untuk kapasiti paling kecil, 128GB sahaja pun hampir mencecah RM100 tidak termasuk cas pemasangan.
Jadi sebab itulah sebelum anda membeli internal SSD, pastikan anda ikut tips di bawah ini supaya anda tidak salah dalam membuat pilihan. 

1) Jenis Sambungan

Internal SSD ini bukan sahaja digunakan pada laptop atau Pc, malah ianya juga boleh digunakan pada konsol.
Sebab itu internal SSD yang ada di pasaran datang dengan beberapa jenis sambungan yang berbeza. Sebagai contoh untuk laptop dan Pc biasanya menggunakan internal SSD dengan sambungan SATA, mSATA dan juga M.2.
Tetapi untuk konsol ia hanya menyokong sambungan SATA atau PCIe sahaja. 
Untuk PCIe pula ianya terbahagi kepada 2 jenis iaitu PCIe 3 dan PCIe 4.
Yang membezakan kedua jenis ini adalah kelajuan, untuk PCIe 3 kelajuan maksimum adalah 3,500Mbp/s manakala untuk PCIe 4 adalah 5,000Mbp/s. 

2) Jenis Kegunaan

Anda kena kenalpasti dulu anda nak guna internal SSD ini untuk kegunaan macam mana.
Sama ada anda nak simpan data sahaja atau anda nak jadikan internal SSD ini sebagai tempat penyimpanan utama anda.
Jika untuk simpan data sahaja, anda boleh pilih internal SSD yang biasa dan tak perlu yang laju pun.
Sebaliknya jika anda sentiasa menggunakan internal SSD tersebut untuk pindah data, anda semestinya menginginkan internal SSD yang laju bagi menjimatkan masa anda. 

3) Read & Write Speed

Yang dimaksudkan dengan read speed adalah kadar kemampuan internal SSD untuk membaca sesuatu data yang disimpan di dalam internal SSD tersebut dan mempercepatkan proses pemindahan data itu ke komputer.  
Manakala write speed pula adalah kadar kelajuan untuk anda simpan sesuatu data dari komputer ke dalam internal SSD.
Kalau anda setakat nak simpan data, tak banyak proses keluar data seperti untuk main game atau melayari internet, anda boleh cari internal SSD dengan read speed yang tinggi.
Manakala jika anda seorang pencipta kandungan yang nak edit gambar atau video, nak render masuk ke dalam internal SSD anda kena pastikan internal SSD yang digunakan tu mempunyai write speed yang laju.

4) Kapasiti SSD

SSD

Masalah yang sering kali berlaku kepada pengguna internal SSD adalah kelajuan yang anda dapat tidak sama dengan kelajuan yang diiklankan.
Perkara ini sebenarnya normal, memang pengguna akan dapat kelajuan yang lebih rendah dan ada juga yang dapat kelajuan yang lebih tinggi. 
Jadi untuk dapatkan kelajuan yang hampir sama dengan yang diiklankan, anda digalakkan untuk membeli internal SSD yang mempunyai kapasiti sekurang-kurangnya 1TB dan ke atas.
Semakin besar kapasiti internal SSD, semakin bertambah kelajuan internal SSD tersebut. 

Pemilik laptop lama yang masih menggunakan storan jenis HDD terutamanya, amat digalakkan untuk anda bertukar kepada internal SSD ini kerana ianya mampu melajukan laptop anda.
Tapi sebelum tu pastikan anda periksa dulu 4 perkara di atas tadi tau. 

monalizavlog

View all posts

Add comment

Your email address will not be published.