Pernah tak bila anda masukkan memori kad dalam laptop, kamera atau apa sahaja device tapi anda tak boleh nak guna memori kad tu?
Mungkin masih ada di kalangan anda yang tak tahu sebenarnya terdapat 1 switch kecil pada sisi kiri memori kad.
Jika switch tersebut tertolak ke bawah ia akan lock memori kad anda tu.

memorikad1

Contoh jelas anda boleh lihat gambar di atas.
Anda boleh cek memori kad anda tu dan perhatikan kedudukan switch.
Kadang-kadang mungkin anda tak perasan yang switch tu tertolak ke bawah tanpa sengaja.

memorikad2

Apabila memori kad tu dalam keadaan lock, anda tak boleh padam fail dari memori kad dan juga tak boleh tambah fail baru ke dalam memori kad.
Tapi anda masih boleh pindahkan fail dari memori kad ke device lain seperti Pc atau laptop.

Jadi lepas ini kalau tiba-tiba keluar ralat Write Protect atau anda tak boleh lakukan 2 perkara di atas tadi, anda kena keluarkan semula memori kad dari device dan cek kedudukan switch tersebut.
Jika perkongsian ini bermanfaat, jangan lupa kongsikan pada kenalan anda!

monalizavlog

View all posts

Add comment

Your email address will not be published.