Selain spesifikasi laptop yang pelbagai, laptop yang ada di pasaran juga datang dengan beberapa pilihan saiz skrin.
Mungkin bagi sesetengah pengguna di luar sana saiz ini tidak berapa penting.
Tapi adalah lebih baik jika anda ambil berat juga akan perkara ini dan pilih saiz laptop yang tepat mengikut kegunaan anda.

Saiz 11" Hingga 12"

Jika dulu lebih dikenali sebagai notebook yang mana saiznya sangat kecil, nipis serta ringan.
Beratnya anggaran sekitar 1 kg dan memang sangat mudah untuk dibawa ke mana-mana.
Anda malah tidak memerlukan beg backpack yang khas untuk membawanya.
Ia boleh sahaja diletakkan di dalam beg biasa, beg sleeve mahupun hanya sekadar membimbit di tangan.

SaizLaptop1

Saiz laptop ini sesuai untuk kegunaan yang ringan seperti menonton aplikasi YouTube, melayari laman sosial Facebook dan lain-lain.
Oleh kerana spesifikasinya juga sangat rendah, maka ianya tidak sesuai sama sekali untuk anda edit gambar atau buka software yang berat-berat.
Dari segi harga pula ianya amat berpatutan jadi jika anda sedang mencari laptop saiz kecil untuk anak-anak atau untuk kegunaan anda sendiri, anda boleh dapatkan model dalam kategori saiz ini.

Saiz 13" Hingga 14"

Laptop dalam kategori saiz ini pula antara saiz yang makin menjadi pilihan ramai terutamanya di kalangan para pelajar serta para pekerja yang selalu ada aktiviti di luar seperti outstation.
Saiz ini tidak terlalu kecil dan juga tidak terlalu besar.
Serta beratnya juga bertepatan sekitar 1.5 kg yang mana masih sesuai untuk anda bawa ke mana-mana.
Dalam kategori ini juga terdapat model laptop 2 dalam 1 iaitu reka bentuknya boleh dilipat sehingga 360 darjah untuk anda jadikannya sebagai tablet.

SaizLaptop2

Dan semestinya ia datang sekali dengan fungsi touchscreen seterusnya menjadikan model ini sangat sesuai untuk anda yang berada dalam bidang professional.
Namun anda perlu lebih berhati-hati dalam penjagaan model jenis touchscreen ini kerana jika berlaku kerosakan pada skrin, kos baikinya amat tinggi.
Dari segi spesifikasi pula, model dalam kategori ini hadir dengan processor dan grafik kad yang agak tinggi, sesuai untuk kerja-kerja editing.
Untuk harga pula ada model masih dalam kategori entry level iaitu mampu milik untuk semua kecuali model yang jenis touchscreen tadi. 

Saiz 15" Hingga 16"

SaizLaptop3

Model yang berada dalam kategori ini pula sering menjadi pilihan mereka yang berkerja dalam bidang analisis, akauntan, penyelidikan dan lain-lain yang memerlukan skrin yang lebih besar untuk penglihatan yang lebih jelas.
Selain itu, rata-rata model laptop gaming juga datang dengan saiz skrin seperti ini.
Untuk berat pula ianya sekitar 2 kg dan kurang sesuai untuk anda yang suka travel atau outstation.
Dari segi spesifikasi ada model yang sama seperti saiz sebelumnya dan ada model yang menggunakan processor serta grafik kad yang lebih tinggi bagi memenuhi keperluan gaming sebagai contohnya.
Untuk model gaming khasnya, binaan yang dihasilkan lebih padat, tahan lasak serta dilengkapi cooling system yang efisyen.

Saiz 17" Hingga 18"

Untuk kategori skrin paling besar ini pula anda akan jumpa model dengan spesifikasi yang sememangnya mantap dan biasanya difokuskan untuk gaming.
Tapi harus diingat bahawa laptop saiz ini memang sangat berat.
Jadi tidak sesuai sama sekali untuk anda bawa ke mana-mana.
Jika anda memang ingin letak dan guna laptop ini di satu ruang sahaja seperti di pejabat atau di rumah dan bukan untuk dibawa ke mana-mana, anda boleh dapatkan model ini.  

SaizLaptop4

Selain itu, untuk saiz ini juga ada jenama yang memperkenalkan model dengan rekaan terbaru dan terkini.
Ianya dilengkapi dengan skrin kedua yang terletak sebaris dengan papan kekunci laptop. 
Reka bentuk seperti ini memang sangat lawa dan menjadi idaman ramai.
Dan harganya juga semestinya lebih mahal kerana target market mereka adalah pengguna yang menceburi dalam bidang professional.

Saiz laptop yang anda ingin beli sememangnya mempengaruhi berat laptop tersebut. 
Jadi untuk elakkan anda ada masalah untuk membawanya di kemudian hari, seeloknya anda pilih saiz laptop yang anda sememangnya perlukan.
Jika saiz sederhana sudah mencukupi bagi anda, jadi tak perlulah anda beli saiz yang paling besar.

monalizavlog

View all posts

Add comment

Your email address will not be published.