Sejak akhir-akhir ini banyak soalan yang kami dapat daripada pelanggan kami yang ingin membeli keyboard baru iaitu sama ada keyboard tersebut datang dengan layout US atau UK.
Jadi kali ini kami akan kongsikan beberapa perbezaan antara 2 jenis keyboard ini, jom! 

Saiz Key Enter

US

Ini adalah perbezaan yang paling jelas anda boleh lihat pada 2 jenis keyboard tersebut.
Untuk keyboard US, bentuk key Enter sebaris 1 line sahaja seperti gambar di atas.

UK

Manakala untuk keyboard UK pula key Enter berbentuk L terbalik yang mengambil ruang sebanyak 2 baris.

Simbol Pada Key Nombor 2 

UKUS1

Untuk perbezaan yang kedua ini anda boleh perhatikan key nombor 2 pada keyboard tersebut.
Untuk keyboard US, pada key nombor 2 terdapat simbol @ manakala untuk keyboard UK pula terdapat simbol ".

Kedudukan Simbol Tilde ~

US1

Simbol ~ untuk keyboard US berada di bahagian atas hujung sebelah kiri keyboard.
Ia diletakkan bersama dengan simbol `.

UK1

Manakala untuk keyboard UK pula, simbol ~ diletakkan bersama-sama dengan simbol # yang terletak berhampiran key Enter tadi.
Jika sekali pandang memang tak perasan akan perbezaan yang ketiga ini.

Kedudukan Key Backslash

US2

Backslash adalah key dengan gabungan simbol | dan \.
Pada keyboard US ianya terletak di bawah key Backspace atau Delete dan berada di atas key Enter atau Return.

UK2

Manakala pada keyboard UK pula simbol ini terletak di antara key Shift dan key Z di bahagian bawah sebelah kiri seperti di dalam gambar di atas. 

Key Alt VS AltGr

US3

Untuk perbezaan yang terakhir ini pula anda perhatikan key alt yang terdapat di sebelah kanan Space Bar.
Untuk US ianya hanya ditulis sebagai alt sahaja.

UK3

Tetapi untuk keyboard UK ianya ditulis AltGr.
Ianya juga dikenali sebagai Alt Graph atau RAlt.
Ianya boleh digunakan untuk anda menaip karakter tertentu seperti simbol matawang asing. 

Jadi ini adalah 5 perbezaan yang ketara yang anda boleh dapati pada keyboard layout US dan UK.
Jika anda ada memiliki sebuah keyboard cuba anda periksa keyboard tersebut jenis yang mana satu.
Jangan lupa kongsikan artikel ini kepada rakan-rakan anda.

monalizavlog

View all posts

Add comment

Your email address will not be published.