Kalau anda pernah survey pasal cooling pad, pastinya anda akan jumpa banyak sangat model cooler yang ada di pasaran sekarang.
Tentunya anda dah mula pening nak pilih jenis yang macam mana.
Jadi dalam artikel ini kami akan kongsikan 5 perkara yang anda perlu tahu sebelum membuat pembelian cooler laptop, jom!
Bilangan Kipas
Paling sedikit ianya datang dengan hanya satu kipas dan boleh mencapai bilangan sehingga 6 kipas.
Perlu ke anda dapatkan cooler dengan jumlah kipasnya yang lebih banyak?
Tidak semestinya lebih banyak kipas bermakna lebih efisyen, sebabnya anda perlu kenalpasti juga ciri-ciri kipas yang digunakan pada cooler tersebut.
Yang tu kami akan ceritakan lanjut di bawah nanti, cumanya memang tak dinafikan bilangan kipas sedikit sebanyak memberi kesan untuk penyejukkan laptop anda tu.
Lebih banyak kipas bermakna lebih banyak angin yang akan dihasilkan.
Selain itu kedudukan kipas yang lebih merata dan tersebar dapat terus menyalurkan angin yang sejuk tepat ke ruang pengudaraan laptop.
Cuma harganya mungkin sedikit mahal tapi jika ianya masih dalam bajet anda, anda boleh consider untuk dapatkan model seperti ini.
Saiz Kipas
Selain bilangan kipas, saiz kipas yang digunakan juga memainkan peranan yang penting.
Jika anda berminat dengan cooler yang datang dengan 1 kipas sahaja, pastikan saiz kipas tersebut cukup besar untuk cover keseluruhan bawah laptop anda terutamanya ruang pengudaraan laptop.
Berbeza dengan anda memilih model yang datang dengan bilangan kipas yang banyak tadi yang mana kedudukan kipasnya lebih tersebar dan merata di beberapa sudut.
Biasanya ramai yang memilih model satu kipas dengan alasan untuk mengelakkan bunyi bising yang terlalu kuat yang mungkin dihasilkan oleh kipas.
Kelajuan Kipas
Gabungan bilangan dan saiz kipas tadi akan menjadi lebih efisyen sekiranya kelajuan kipas yang ada pada cooler tersebut turut laju.
Semestinya pusingan kipas yang lebih laju mempercepatkan lagi proses penyejukkan laptop anda.
Anda boleh periksa spesifikasi cooler yang anda nak beli tu, periksa RPM yang biasanya dinyatakan pada kotak cooler.
Semakin tinggi nilai RPM bermakna semakin laju pusingan yang dibuat oleh kipas tersebut.
Ada juga model yang datang dengan beberapa pilihan kelajuan yang anda boleh ubah mengikut keperluan anda.
Ketinggian Yang Boleh Dilaras
Selain fungsi utama cooler untuk menyejukkan laptop, sesetengah model cooler datang dengan fungsi ketinggian yang boleh dilaras.
Ini bermakna anda boleh juga jadikan cooler tersebut sebagai ganti meja.
Fungsi ini juga sebenarnya sangat bagus kerana anda boleh laraskan ketinggian mengikut keselesaan anda.
Jadi kedudukan badan anda kekal dalam terbaik dan tak mudah lenguh terutamanya apabila anda perlu mengadap laptop dalam jangka masa yang lama.
Jumlah Port USB
Ramai juga yang tak suka guna cooler sebab ianya akan menggurangkan port Usb yang sedia terhad pada laptop.
Sebab itu ada sesetengah model cooler datang dengan beberapa port Usb dan kabel untuk Power dan Data.
Anda boleh gunakan lebihan port Usb pada cooler untuk cucuk mouse, keyboard, pendrive dan lain-lain asalkan anda cucuk kabel Power dan Data tadi pada laptop dan cooler.
Jika ciri ini yang anda sangat perlukan, pastikan anda cek dahulu sama ada model yang anda nak beli tu datang dengan lebihan port Usb atau tidak.
Masih ramai pengguna laptop di luar sana yang mengabaikan penggunaan cooler laptop ini.
Tidak salah untuk anda keluarkan sedikit duit untuk dapatkan satu cooler laptop yang ada di pasaran.
Tapi pastikan anda cek dahulu 5 ciri-ciri di atas tau, baru la berbaloi!
Add comment