Di Computex Taipei 2023,MSI ada buka satu booth besar yang menggabungkan pelbagai produk mereka seperti Motherboard, Graphic Card, Gaming Peripheral, Storage, produk-produk Networking dan juga Laptop. Apa yang menarik tentang booth MSI ialah mereka bukan sahaja tunjuk dan pamirkan produk-produk mereka tetapi mereka juga tunjuk beberapa scenario dan juga idea kepada user untuk dijadikan inspirasi.

Antara produk yang menjadi highlight mereka pada Computex kali ini ialah 3 barisan komponen mereka; MSI MAG Series,MSI MPG Series dan MSI MEG Series. Juga,mereka ada tawarkan kepada pengguna komponen-komponen untuk tema berwarna putih.

MSI MAG SERIES

MSI MPG SERIES

MSI MEG SERIES

MSI WHITE THEME

Mereka juga ada pamirkan barisan Graphic Card terbaru mereka seperti MSI GeForce RTX4060Ti Gaming X 8G, MSI GeForce RTX4060Ti Gaming X Trio 8G, MSI GeForce RTX4060Ti Ventus 2X dan MSI GeForce RTX4060Ti Ventus 3X 8G. Sudah tentu Graphic-Graphic Card lain seperti MSI GeForce RTX4090 SUPRIM X 24G pun ada dipamirkan.

Untuk hidupkan MSI GeForce RTX4090 SUPRIM X 24G,MSI juga perkenalkan PCIE 5 Ready ATX 3.0 Power Supply iaitu MSI MEG Ai1300P. Ini adalah sebuah Power Supply jenis Full Modular dengan Cable yang lebih berkualiti dan kemas. Namun begitu, MSI juga perkenalkan versi yang lebih mampu milik dengan MSI MPG A850GF. Juga sebuah Full Modular Power Supply yang mana pengguna boleh pilih apa-apa Cable yang ingin digunakan.

Tentang Liquid Cooler pula, MSI MEG Coreliquid S360 juga dipamerkan di booth MSI sempena Computex 2023 ini. Sebelum ini,tim Monaliza pernah review Cooler ini serta tunjuk cara untuk ubah OLED Display yang ada di waterblocknya. Performance untuk MSI MEG Coreliquid S360 boleh dikatakan salah satu yang padu di dalam rekod kami.

Antara produk terbaru yang mereka pamirkan ialah MSI RadiX AX6600 Wifi 6 Router dan juga MSI AX1800 6 USB 3.2 Adapter. Pastinya kedua-dua produk ini adalah pilihan yang tepat untuk ganti sistem Networking sedia ada di rumah anda. Cuma,buat masa ini, tiada lagi tarikh rasmi untuk produk-produk Networking dari MSI ini masuk ke Malaysia.

Selain dari Motherboard,Cooler,Graphic Card dan juga produk-produk Networking,antara produk taruhan MSI sempena dengan Computex Taipei 2023 ialah NVME SSD terbaru mereka iaitu MSI Spatium M480 PCIE 4.0 NVMe M.2. Apa yang menarik tentang MSI Spatium M480 ini ialah ianya boleh digunakan sebagai storage tambahan PS5 dan boleh digabungkan dengan Active atau Passive Cooling. Tujuannya adalah untuk SSD sentiasa berada dalam suhu yang rendah dan jangka hayat dapat dipanjangkan.

Untuk MSI Spatium M480 Active Cooling, ianya datang denagn satu heatsink yang bersaiz sederhana dan mempunyai logo MSI serta lampu LED secara melintang.

Untuk pre-build PC,MSI hadirkan MSI Trident versi terbaru iaitu MSI Trident X3 yang dikuasakan oleh processor Intel Core i9-13th Gen dan graphic card tertinggi dari NVIDIA iaitu NVIDIA GeForce RTX4090. Apa yang menarik tentang MSI Trident X3 ialah walaupun saiz PC ini biasa seperti kebanyakan saiz PC yang lain tetapi Thermal System yang digunakan oleh MSI berjaya rendahkan suhu untuk Processor dan juga Graphic Card bagi satu tempoh masa yang sangat lama. Pastinya Gamers dapat guna PC ini untuk bermain game-game kesukaan mereka pada satu jangka masa yang lama tanpa ada sebarang masalah.

Akhir sekali,antara produk yang jadi tarikan orang ramai ialah produk kolaborasi antara MSI dengan Mercedes AMD iaitu MSI Stealth 16 Mercedes-AMG Motorsport A13V. Ini adalah kolaborasi pertama MSI dengan Mercedes AMG dan boleh dikatakan antara tarikan terbesar untuk Computex 2023. Ada banyak lagi produk-produk menarik di booth MSI Computex Taipei 2023,anda boleh tonton video penuhnya di sini [Klik]

monalizavlog

View all posts

Add comment

Your email address will not be published.