Sebelum anda nak beli sesuatu yang mahal terutamanya seperti keyboard mechanical ni, anda kena buat sedikit research.
Baru la anda dapat buat pilihan model mana yang berbaloi yang sepatutnya anda miliki.
Jadi kali ini kami akan kongsikan dengan anda 5 perkara penting ini, jom!  

Jenama Yang Berkualiti

Di pasaran sekarang terdapat banyak sangat model keyboard mechanical dari pelbagai jenama.
Ada yang dari jenama popular dan ada juga dari jenama yang anda sendiri tak pernah dengar pun.
Jadi penting ke pemilihan jenama ni untuk sesebuah keyboard mechanical?
Bila sebut pasal jenama memang tak boleh lari dari segi kualitinya.

Keyboard5

Jika anda sudah ada model keyboard mechanical pilihan anda, pastikan anda turut buat sedikit research pasal kualiti keyboard jenama tersebut.
Dan tak lupa juga semak sekali berkaitan tempoh waranti.
Lagi lama tempoh waranti lagi bagus.
Anda boleh buat carian di internet untuk baca perkongsian pengguna yang sudah memiliki keyboard yang anda nak tu.

Jenis Switch

Sebelum anda buat keputusan switch mana yang sesuai dengan anda, anda terlebih dahulu perlu pastikan kegunaan keyboard tersebut.
Ini kerana setiap switch datang dengan ciri yang berbeza dari segi kekuatan bunyi dan keselesaan setiap key.
Switch yang biasa diminati oleh para pengguna di luar sana adalah Blue Switch, Brown Switch dan Red Switch.

Keyboard1

Untuk gaming atau anda yang suka bunyi keyboard yang kuat, Blue Switch semestinya menjadi pilihan anda.
Atau untuk tujuan menaip harian yang selesa anda boleh pilih Red Switch.
Sekiranya anda nak padankan warna keyboard dengan warna set Pc anda pun boleh juga, asalkan anda selesa dengan switch tersebut.

Saiz Atau Jenis Layout

Keyboard2

Perkara ini tidak kurang pentingnya juga sebelum anda membeli keyboard mechanical pilihan anda.
Di pasaran terdapat pelbagai saiz keyboard mechanical.
Ada yang Full-Sized (104 key), TKL (87 key), 60% (68 key) dan beberapa saiz lain.
Anda dinasihatkan untuk ambil saiz yang sesuai dan selesa dengan anda.
Perlu ambil perhatian juga berkenaan saiz ruang yang anda nak letak keyboard tersebut.

Jenis Sambungan

Di pasaran terdapat keyboard mechanical jenis sambungan berwayar dan ada juga tanpa wayar (wireless).
Kalau anda tak nak serabut dengan wayar yang panjang, model wireless semestinya pilihan yang terbaik.

Keyboard3

Tapi kalau anda risau terjadi lag dan sebagainya, boleh dapatkan model yang berwayar.
Ada juga sesetengah model yang datang dengan 3 jenis sambungan iaitu berwayar, wireless 2.4Ghz dan juga sambungan Bluetooth.
Dan biasanya harganya juga sedikit mahal.
Tapi jika anda berminat dengan model seperti ini dan masih dalam bajet anda, memang cun untuk memilikinya!

Ciri-Ciri Tambahan

Keyboard4

Contohnya seperti dilengkapi lampu RGB, datang sekali wrist rest, diperbuat daripada material yang tahan lasak atau keycap boleh dicabut (model Hot-Swap).
Untuk gaming terutamanya kehadiran lampu RGB pada keyboard semestinya menaikkan lagi kemeriahan set Pc anda.
Untuk anda yang suka kreativiti, nak tukar jenis key mengikut pilihan anda, model jenis Hot-Swap tu memang direka untuk anda.
Yang penting anda tahu berapa bajet anda dan dapatkan model yang paling anda puas hati untuk kegunaan jangka masa panjang.

5 perkara ni nampak remeh tapi sebenarnya sangat penting untuk anda kenalpasti sebelum membuat pembelian bagi keyboard mechanical pilihan anda tu.
Sebabnya harga keyboard mechanical ni boleh tahan mahal juga, jadi pastikan anda buat pilihan yang bijak. 

monalizavlog

View all posts

Add comment

Your email address will not be published.