Sebenarnya ada banyak warna switch pada keyboard mechanical
Cuma 3 warna ini iaitu Blue, Brown dan Red ini adalah yang paling popular di Malaysia.
Jadi jika anda tak pasti nak pilih switch yang mana satu antara 3 switch ni, jom cek dulu apa perbezaannya!

Blue Switch

Blue switch dikenali sebagai satu bunyi yang bising iaitu clicky.
Bila mana anda tekan switch ini akan ada bunyi yang kuat.
Dari segi feeling pula bila tekan anda akan rasa seperti ada lekukkan atau bonggol, rasa tactile.
Anda akan rasa berat bila tekan switch ini sebab ada halangan.
Dan keunikan ini memang tidak dapat dirasai pada mana-mana keyboard membrane.

Switch1

Blue switch ni antara warna yang ramai pengguna di luar sana suka sebab bunyinya tadi yang kuat.
Jika anda pengguna keyboard mechanical untuk pertama kali pun anda pasti akan berminat untuk memiliki keyboard Blue switch ini.
Sama ada untuk kerja menaip mahu pun untuk gaming, bunyi yang dihasilkan oleh keyboard Blue switch ini memang seronok untuk didengar.
Tapi awas! Ia mungkin akan mengganggu mereka yang ada di sekeliling anda.

Brown Switch

Switch2

Untuk Brown switch pula dari segi bunyi ianya kurang sedikit berbanding Blue switch tadi.
Bunyinya tiada clicky tetapi bila anda tekan switch ni feeling masih sama macam Blue switch, ada rasa bonggol. 
Ramai yang setuju bahawa Brown switch ni lebih sesuai untuk para gamers.
Ini kerana feeling nya berat tapi ia tak terlalu clicky jadi tak mengganggu komunikasi anda dengan gamer yang lain bila anda main game secara atas talian terutamanya.

Red Switch

Switch3

Switch yang terakhir ini pula sangat berbeza dengan 2 switch di atas tadi.
Red switch ni tidak menghasilkan bunyi clicky dan tiada rasa bonggol bila anda tekan.
Jadi setiap kali anda tekan switch ini anda rasa lebih ringan sebab tiada sebarang halangan.
Dan Red switch ini juga dipanggil sebagai linear switch.

Switch4

Jadi antara 3 warna switch ini yang mana satu anda prefer untuk kegunaan harian?
Disebabkan harga keyboard mechanical yang berkualiti boleh tahan mahal juga harganya, jadi pastikan anda buat pilihan yang tepat tau!

monalizavlog

View all posts

Add comment

Your email address will not be published.