Anda mesti dah biasa sangat dengar perkataan format ni.
Tapi anda tahu tak waktu bila dan kenapa anda kena format laptop anda tu?
Jadi kali ini kami akan kongsikan 4 sebab anda perlu format  laptop anda, jom!

1. Laptop Anda Terlalu Perlahan

Format1

Secara teknikalnya apabila anda format laptop anda, ia akan menjadikan laptop anda lebih pantas daripada sebelumnya.
Ini kerana semasa format, hard drive akan dibersihkan dan segala file-file cache akan dipadamkan.
Hasilnya laptop anda akan lebih "ringan" dan seterusnya menjadi laju untuk anda gunakan.

2. Naiktaraf Sistem Operasi Laptop

Format2
Sistem operasi yang digunakan pada laptop sentiasa dikemaskini dan akan ada yang baru.

Contoh yang paling terkini sekarang bagi pengguna Windows adalah Windows 11.
Tidak salah untuk anda masukkan sistem operasi terkini pada laptop anda itu asalkan ianya sesuai dengan spesifikasi laptop anda.
Jadi untuk memasukkan sistem operasi yang baru, anda kena format dulu operasi sistem yang lama pada laptop anda tu.

3. Tukar HDD Laptop Ke SSD

Format3

Untuk laptop model lama biasanya masih menggunakan penyimpanan jenis Hard Disk Drive (HDD) berbanding laptop model terkini yang rata-ratanya sudah sedia menggunakan Solid State Drive (SSD).
Kelebihan jika anda menggunakan SSD pada laptop anda adalah masa pemprosesan yang lebih laju dan kurang loading.
Sebab itu rata-rata ramai memilih untuk menggunakan penyimpanan jenis SSD ini.
Jadi jika laptop anda masih menggunakan HDD, anda boleh bertukar kepada SSD dengan cara anda kena format dulu laptop tu.

4. Laptop Terkena Virus

Format4
Virus yang masuk dalam laptop biasanya akan menyerang fail yang ada di dalam sistem.

Seterusnya ia akan mengurangkan kecekapan sistem dengan mengambil alih banyak kerja dari CPU.
Ini juga menyebabkan kegagalan fungsi aplikasi-aplikasi yang sering anda gunakan.
Virus yang menyerang laptop ada banyak jenis dan bagi virus yang kuat seperti Malware memang tiada pilihan lain, anda kena format laptop anda tu.

Jadi sekarang anda dah tahu tujuan kita format laptop dan waktu yang tepat untuk anda berbuat demikian.
Sebelum anda format sendiri terutamanya, pastikan anda sudah buat proses backup segala data, file, aplikasi yang penting-penting.
Atau nak mudah bawa sahaja laptop anda tu ke kedai komputer berdekatan.

monalizavlog

View all posts

Add comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *