2 terma ini antara yang ramai tak tahu atau konfius.

Disebabkan kami juga dapat banyak soalan berkaitan AVR dan UPS ni jadi di sini kami akan terangkan secara terperinci kepada anda apa yang dimaksudkan dengan setiap terma tu, apa kegunaan serta kepentingannya.
Jom! 

Automatic Voltage Regulator (AVR)

AVR adalah satu peranti yang anda boleh gunakan untuk menstabilkan voltan elektrik seterusnya melindungi barangan elektronik anda.

AVR

Bagaimana AVR ini berfungsi?
AVR akan mengenal pasti dan membuat perbandingan sekiranya berlaku lonjakan kuasa (power surges) yang lebih tinggi daripada kebiasaan.
Seterusnya AVR akan menstabilkan lonjakan kuasa tadi dan menghasilkan voltan keluaran (output voltage) yang lebih stabil dan sesuai untuk barangan elektronik yang anda gunakan.

Selain melindungi daripada lonjakan kuasa, ia juga melindungi barangan elektronik anda daripada kesan turun naik kuasa (power fluctuations) yang biasa juga terjadi.
Ini bagi menjaga hayat barangan elektronik anda supaya tahan lama.
AVR paling biasa digunakan dalam bangunan komersial, tetapi ia boleh juga digunakan untuk isi rumah biasa.

Uninterruptible Power Suply (UPS)

UPS pula adalah peranti yang menyediakan aliran arus elektrik yang stabil dan dapat melindungi barangan elektronik anda daripada gangguan bekalan elektrik.
Dengan bahasa yang mudah dan sering kita gunakan ianya dipanggil sebagai bateri sandaran (backup).
UPS juga berfungsi dengan fungsi AVR tapi dengan tambahan kuasa bateri sandaran. 

UPS

UPS ini mempunyai sistem pengurusan bateri yang mampu untuk menukarkan kuasa (power) kepada bateri sandaran secara automatik.
Apabila terdapat gangguan bekalan elektrik, bateri sandaran tersebut akan diaktifkan juga secara automatik.
Seperti dalam namanya iaitu Tidak Terganggu (uninterruptible), UPS ini tetap konsisten dalam memberikan kuasa kepada barangan elektronik anda meskipun dalam gangguan bekalan elektrik.

Ia biasanya digunakan untuk komputer di mana apabila terjadi gangguan bekalan elektrik, anda mempunyai tambahan masa untuk backup kerja, file-file yang penting dalam komputer anda tu.
Tambahan masa daripada UPS ini berbeza bergantung pada saiz dan kapasiti bateri yang disimpan dalam UPS tersebut, biasanya antara 5- 30 minit.
Atas sebab ini, UPS sering digunakan di hospital dan kemudahan kerajaan untuk memastikan data dan hasil kerja disimpan sebelum gangguan bekalan elektrik kembali pulih. 
Selain untuk kegunaan pada komputer, UPS ini juga boleh digunakan untuk mengecas dan menghidupkan peranti lain seperti konsol gaming dan Tv serta boleh juga dijadikan sebagai powerbank.

Ada banyak jenama AVR dan UPS yang anda boleh dapatkan di pasaran sekarang antaranya KOSS, APC, CyberPower dan lain-lain.
Jadi jika anda berminat untuk dapatkan AVR atau UPS ni boleh datang ke mana-mana cawangan Monaliza berdekatan anda atau order secara atas talian di Website, Shopee atau Lazada Monaliza.

monalizavlog

View all posts

Add comment

Your email address will not be published.