Semestinya sangat tidak selesa setiap kali nak buat kerja laptop mula terasa panas.
Dan kepanasan tersebut pula berlarutan sampai la anda habis buat kerja.
Jadi di sini kami kongsikan punca kenapa laptop anda tu cepat panas dan apa tindakan yang patut anda ambil, jom!

1. Menggunakan Laptop Di Atas Permukaan Yang Tidak Sesuai

Kami pernah sentuh perkara ini dalam artikel sebelum ini berkenaan Habit Yang Biasa Pemilik Laptop Buat.
Sudah biasa sangat pemilik laptop di luar sana menggunakan laptop sambil letak atas tilam, bantal dan lain-lain permukaan seperti fabrik.
Permukaan seperti ini tidak sesuai digunakan kerana ia menghalang peredaran udara keluar dari laptop.
Apabila udara panas dari laptop tidak dapat dikeluarkan, maka ianya akan mula memanaskan komponen-komponen yang ada dalam laptop anda.

Jadi sila praktiskan penggunaan laptop yang betul iaitu dengan cara meletakkannya di atas permukaan yang rata seperti meja.
Lagi bagus sekiranya anda letak dulu cooler untuk laptop di bawahnya.
Cara ini bukan sahaja dapat memudahkan udara panas untuk keluar, malah ia akan mempercepatkan lagi proses tersebut dengan cara penyejukkan. 

2. Habuk Yang Terlalu Banyak

Dalam laptop ada 2 bahagian yang biasanya mudah tersangkut dengan habuk iaitu pada kipas dan pada heatsink.
Habuk yang melekat pada kipas boleh menyebabkan kipas tidak dapat berfungi dengan baik untuk menyejukkan laptop.
Di tambah pula terdapat juga habuk pada heatsink yang menghalang laluan untuk udara panas tadi keluar, maka bertambah panaslah laptop anda tu.

LaptopPanas2

Jadi untuk atasi masalah ini seeloknya anda servis laptop anda tu secara berkala.
Boleh bawa sahaja ke kedai untuk technician cuci laptop anda tu..
Servis yang berkala ini selain dapat mengelakkan masalah kepanasan, anda juga dapat memastikan laptop anda tu sentiasa dalam keadaan yang baik.

3. Therma Paste Yang Digunakan Sudah Kering

Apa pula Thermal Paste ni?
Thermal Paste ini digunakan pada komponen laptop biasanya diletakkan di atas Processor bagi membantu mengurangkan kepanasan haba dari komponen tersebut.
Ketahanan Thermal Paste ini bergantung pada kekerapan penggunaan anda dan jika sudah lama ianya akan kering. 

LaptopPanas2

Jadi alang-alang anda dah buka bahagian belakang laptop tadi untuk bersihkan habuk, sangat disarankan untuk anda terus ganti Thermal Paste yang baru.
Harga Thermal Paste yang biasa tak mahal, lagipun anda hanya perlukan sedikit sahaja untuk diletakkan pada processor tadi.
Jika anda bawa laptop ke kedai, biasanya technician akan tukarkan sekali semasa mencuci laptop tadi.

Jadi sekarang cuba anda cek laptop anda tu adakah cepat panas atau tidak.
Jika sudah mula ada rasa bahangnya eloklah anda ambil tindakan sekarang sebelum ianya menjadi lebih parah seperti berlaku kerosakkan pada komponen dan sebagainya.

monalizavlog

View all posts

Add comment

Your email address will not be published.