Apple telah mengeluarkan kemaskini perisian iOS 16 pada 13 september 2022.

Namun tak semua iPhone menyokong perisian tersebut, hanya iPhone 8/Plus/X dan model ke atas sahaja yang menyokong perisian iOS 16.

Apa yang menarik tentang iOS 16 ni? Jom Kak Mona share apa yang best tentang ciri baru yang di perkenalkan oleh Apple.

Baca sampai habis!.

1)Paparan kunci (lock screen)

Yang paling best dan hangat diperkatakan tentang IOS 16, sudah semestinya lock screen.

Apa yang menarik, anda boleh customize lock screen mengikut citarasa dan ada pelbagai pilihan lock screen yang anda boleh pilih.

Anda juga boleh customize widget pada bahagian lockscreen seperti cuaca, kalendar dan sebagainya mengikut citarasa dan keperluan anda sendiri.

Bukan tu je, anda juga boleh menukar jenis font dan warna jam pada bahagian lock screen iphone anda!

2) Customize Memoji jadi lebih mirip

Ada banyak pilihan untuk anda customize Memoji yang telah di kemas kini dalam iOS 16.

Apabila anda akseskan memoji dalam iMessage, terdapat banyak pilihan untuk warna kulit, rambut, pakaian dan banyak lagi.

Jadi korang boleh mereka bentuk Memoji agar lebih mirip dengan peribadi anda.

3)Fokus

Apple juga telah menaik taraf Fokus ke dalam lock screen. Dengan ini anda boleh menentukan notifikasi yang diingini sahaja akan di paparkan di bahagian lock screen iPhone anda.

Hanya perlu swipe sahaja, anda boleh beralih lock screen daripada personal focus kepada Work Focus yang telah anda tetapkan.

4)iClous shared photo library

iCloud juga telah di naik taraf fungsi iCloud Shared Photo Library.

Dengan fungsi ini, anda boleh berkongsi galeri gambar yang sama kepada ahli keluarga dan ia boleh di hantarkan sehingga 5 orang pengguna.

Anda juga boleh memuat naik terus gambar dari kamera untuk di kongsi bersama.

5)Live text video

Jika sebelum ni ciri live text yang membolehkan mana-mana gambar yang ditekan di dalam gambar selama beberapa saat boleh di pilih, namun kali ini fungsi tersebut boleh di lakukan di dalam video.

Tekan sahaja tulisan yang ada di dalam video dan anda boleh membuat proses alih bahasa, menukar mata wang dan banyak lagi dengan mudah dan cepat. Hanya sekali tekan sahaja.

6)Visual Look Up

Dengan ciri visual look up ni anda boleh tekan dan hold kan pada gambar untuk memindahkan dari latar belakang gambar  dan memakainya di aplikasi lain contohnya boleh gunakan di iMessage atau Whatsapp.

Mudah sahaja, hanya drag dan drop sahaja.

7)iMessage

IOS 16 membolehkan anda edit semula mesej yang dihantar.Jadi dah tak payah risau jika kerap typo atau tersilap ejaan, namun anda perlu edit dalam tempoh 15minit setelah mesej tersebut di hantar kepada penerima.

Selain itu, anda juga boleh membatalkan semula mesej yang hendak di hantar menggunakan undo send dalam tempoh 15minit.

Bukan tu je, anda juga boleh unread semula mesej yang sudah di buka. Cara nya mudah sahaja, anda pergi ke bahagian mesej dan swipe pada bahagian kanan dan tekan option unread.

8)Safety Check

Dengan ciri privacy safety check, pengguna boleh menghapuskan semua akses yang telah diberikan kepada orang lain.

9)Aplikasi Fitness

Selain itu, IOS 16 juga membolehkan anda menggunakan Fitness walaupun tanpa Apple Watch. Aplikasi ini tetap ada dan boleh di gunakan di dalam iphone anda.

Dengan Fitness anda boleh melihat prestasi kesihatan, senaman dan sebagainya.

10)Shareplay

Dengan ciri baru shareplay iOS 16, anda boleh kongsikan video dan muzik kepada kawan-kawan anda untuk memudahkan anda mendengar muzik atau menonton video bersama rakan.

Anda boleh menonton video yang sama pada masa yang sama melalui facetime, seolah-olah anda sedang menonton wayang bersama rakan anda. Menarik!

Itu sahaja perkongsian tentang ciri-ciri baru iOS 16 yang patut anda ketahui.
Jom kongsikan ciri apa yang paling korang suka, tuliskan di ruangan komen di bawah.

monalizavlog

View all posts

Add comment

Your email address will not be published.