"Kak Mona, boleh ke kalau saya nak main game, tapi pakai mouse biasa? Nak beli Gaming mouse mahal la, huhu"

Baru-baru ni Kak Mona ada terima satu Whatsapp dari customer yang nak main game tapi guna mouse biasa.

Jawapanya tak boleh ye!

Kenapa tak boleh?

Ini kerana mouse gaming mempunyai fungsi istimewa yang tiada pada mouse biasa.

Namun betul ke gaming mouse mahal?

Jadi dalam blog kali ni Kak Mona nak share kan gaming mouse mampu milik harga bawah RM100 je, Jom baca sampai habis!

1)FANTECH PHANTOM X15 MACRO RGB GAMING MOUSE - RM49

Spesifikasi : 

  • Gaming Optical Sensor
  • Standart Macro Gaming Mouse
  • 200 - 4800 DPI
  • 7 Tombol Macro
  • Warna RGB
  • Ketahanan 10 Juta kali klik
  • OS: Windows Vista, Win7 / 8/10, MacOS X 10.5 or higher, Linux, Chrome OS

Walaupun harga bawah RM50, namun gaming mouse ni sudah cukup berbaloi untuk dibeli.

Fantech X15 mempunyai design anti slip, untuk memastikan anda mampu bermain game dengan lancar dan fokus.

Mempunyai lampu RGB di bahagian bawah mouse dan di sokong oleh Optic Gaming Sensor dari Fantech.

Untuk Dpi, gaming mouse ini mempunyai sehingga 4800 DPI dengan 200 DPI terendah dan 7 butang makro yang boleh di programkan di laman web rasmi www.fantechworld.com

2)GAMING FREAK DARKNET 830 7200DPI RGB GAMING MOUSE - RM60

Spesifikasi : 

  • Instant A825 IC sensor
  • 7000fps
  • Acceleration : 20g
  • 6 level Dpi boleh diatur dari 200-7200Dpi
  • Warna RGB
  • 125/250/500/1000Hz polling rate yang boleh di atur melalui software
  • RGB boleh diatur melalui software
  • Ketahanan klik sehingga 5 juta kali klik
  • Windows 98/2000/XP/Vista/7/8/10

Freak Darknet 830 mempunyai reka bentuk honeycomb yang selesa dan ringan. Rekaan ini mengurangkan berat mouse dan membolehkan lebih banyak peredaran udara untuk memberikan keselesaan semasa bermain game dalam jangka masa yang lama.

Level Dpi yang boleh diatur sehingga 7200dpi mengikut kesesuaian game yang di mainkan.

Untuk RGB dan polling rate gaming mouse ni pula boleh di atur melalui software https://gamingfreak.com.my/software-drivers

3)RAPOO V330 IR OPTICAL GAMING MOUSE BLACK - RM85

Spesifikasi : 

  • Reka bentuk ergonomik dengan 12 butang yang boleh di programkan.
  • 7 level Dpi yang boleh diatur sehingga 6200 dpi.
  • Navigasi yang tepat.
  • Mempunyai lampu LED dengan 16juta warna.

Rapoo V330 IR hadir dengan warna hitam dan reka bentuk yang ergonomik. Di bahagian sisi Mouse mempunyai ‘finger supporting flank’ yang boleh di keluarkan jika perlu untuk memberikan lebih keselesaan semasa main game atau membuat kerja.

Mempunyai 7 tahap DPI yang boleh di atur dengan cepat, hanya menekan butang DPI di bahagian mouse sahaja untuk menetapkan DPI yang tepat berdasarkan game atau perisian yang sedang di mainkan.

Di bahagian kiri mouse mempunyai roda  tambahan memudahkan bagi melakukan kerja yg memerlukan scrolling tanpa mengangu jari untuk klik roda di bahagian atas.

4)FANTECH X17 BLAKE MACRO RGB GAMING MOUSE - RM89

Spesifikasi : 

  • PixArt 3325 Gaming Sensor.
  • Up to 100 IPS / 20G Acceleration
  •  DPI yang boleh di atur dari  200-10,000 DPI.
  • 1000Hz Polling Rate.
  • Huano 20 juta kali klik. 16.8
  • 16.8 Juta RGB yang boleh di atur.
  • 7 butang yang boleh diprogram secara bebas.
  • 1.8m Nylon Braided USB kable.
  • Size: 125mm x 62mm x 42mm.

Fantech Blake X17 direka dengan mod warna 7RGB, dan anda boleh menetapkan mana-mana warna RGB yang anda suka.

Dengan menggunakan switch dari Huano, Fantech X17 memberi jaminan klik pada mouse sebanyak 20 juta kali klik.

Dpi juga boleh di atur dari 200-10000dpi mengikut kesesuaian permainan. Dpi juga boleh di ubah dengan cepat dan pantas, hanya menggunakan butang DPI.

5)LOGITECH G102 LIGHTSYNC GAMING MOUSE WHITE - RM89

Spesifikasi : 

  • 8000 Dpi.
  • Lightsync
  •  Pencahayaan RGB yang boleh diatur.
  • 6 Butang yang boleh diaturkan.
  • Memori on-board.

Logitech G102 mempunyai saiz yang sederhana dan ia sesuai dengan semua saiz tangan dan genggaman.

Selain itu, berat Logitech G102 hanyalah 85gram. Dengan berat yang ringan dan reka bentuk ergonomik membolehkan anda bermain game dengan selesa walaupun selama berjam-jam.

Logitech G102 mempunyai jalur cahya RGB yang mengalir di sekeliling tapak tangan tetikus.

Logitech juga menawarkan penyesuaian RGB tanpa had, ini bermakna anda boleh memilih mana-mana warna yang anda inginkan untuk mana-mana bahagian cahaya RGB.

Mempunyai 6 butang yang boleh ditetapkan dengan mudah menggunakan perisian G Hub. Logitech G102 juga mempunyai memori on-board. Jadi anda boleh menggunakan tetapan anda di mana-mana komputer tanpa perlu melakukan proses tetapan semula.

6) RAZER BASILISK ERGONOMIC FPS GAMING MOUSE - RM99

Spesifikasi : 

  • 5G optikal sensor dengan 16,000 DPI.
  • 50 G acceleration.
  • 8 butang Hyperresponse yang boleh diprogramkan secara bebas.
  • Di reka khas untuk pemain tangan kanan kerana di bahagian kanan mempunyai genggaman getah untuk keselesaan semasa bermain game.
  • Pencahayaan Razer ChromaTM dengan 16.8 juta pilihan warna yang boleh disesuaikan.
  • 1000 Hz Ultrapolling
  • Size: 124 mm / 4.88 in (panjang) X 75 mm / 2.94 in (lebar) X 43 mm / 1.69 in (tinggi)

Razer basilik antara mouse yang berbaloi untuk di miliki!

Dilengkapi dengan penderia optic Razer 4G yang canggih dengan 16,000 DPI yang memberikan anda ketetapan dan prestasi yang terbaik untuk gaming.

Razer Basilik di lengkapi dengan suis tetikus Mekanikal RazerTM yang dilengkapi dengan ketahanan sehingga 50 juta kali klik.

Reka bentuk yang ergonomik dan sesuai dengan semua jenis saiz tapak tangan. Ini membantu mengurangkan lenguh pada pergelangan tangan agar anda dapat bermain dengan selesa walaupun dalam jangka masa yang lama.

Itu sahaja perkongsian dari Kak Mona, jika berminat boleh terus klik button yang disediakan.

Semoga bermanfaat!

monalizavlog

View all posts

Add comment

Your email address will not be published.