Headset gaming sudah menjadi salah satu aksesori penting untuk para kaki gaming.

Tak lengkap nak main game tanpa headset, betul tak?

Jadi dalam blog kali ni Kak Mona senaraikan headset gaming harga mampu milik bawah RM100 je!

Jom baca sampai habis.

1)YORO F05 E-SPORT PRO GAMING HEADSET RM39

Yang mencari headset gaming harga bajet, Yoro F05 boleh jadi pilihan korang!

Bagi Kak Mona, design headset ini sudah cukup lawa namun headset ini tidak mempunyai RGB.

Bagi korang yang memang tidak suka kan RGB, model ini mungkin menjadi pilihan korang.

Dilengkapi dengan mikrofon dan earbud yang selesa dan lembut. Kualiti bunyi dari headset ini juga bagi Kak Mona sangat stabil dan okey.

2)FANTECH HQ53 FLASH GAMING HEADSET RM49

Headset gaming dari Fantech ini harganya cuma RM49 sahaja!

Dilengkapi dengan Mikrofon yang boleh di larasakan mengikut kesesuaian.

Fantech HQ53 Flash mempunyai ciri reka bentuk yang ringan dan kusyen yang lembut untuk memberikan keselesaan kepada pengguna dan bermain game tanpa gangguan.

Di sebelah kiri earcup mempunyai button untuk mengawal volume. Jadi korang dapat mengawal volume sangat mudah tanpa menganggu permainan game.

Headset ini hadir dengan sambungan 3.5mm dan USB, sangat sesuai digunakan di Macbook, PC, XBOX, Play Station, dan juga mobile phone.

3)YORO V5 RGB GAMING HEADPHONES RM59

Bagi korang yang mencari gaming headset murah dan RGB, Yoro V5 mungkin dapat memenuhi citarasa anda!

Sangat mudah digunakan, hanya plug dan play sahaja tanpa perlu install sebarang software.

Mempunyai tombol untuk mengawal volume dan mikrofon yang boleh dilaraskan sehingga 120 darjah mengikut keselesaan.

4)FANTECH HG20 CHIEF II RGB GAMING HEADSET RM65

Fantech HG20 dilengkapi dengan RGB yang mampu memberikan pengalaman gaming luar biasa kepada pengguna!

Antara kelebihan headset ini ialah mempunyai mikrofon noise cancelling, iaitu mampu meghilangkan suara bising dari ruangan sekitar dan anda mampu bermain game tanpa sebarang gangguan.

Mempunyai headband yang selesa dan direka dengan Over-Ear yang merangkumkan semua bunyi di sekeliling.

Mempunyai control volume di sebelah kiri headset bagi memudahkan anda mengawal volume mengikut kesesuaian.

Fantech HG20 menggunakan sambungan 3.5MM, sangat sesuai untuk di gunakan di PC dan telefon. Ia juga dilengkapi dengan USB untuk lampu RGB headset.

Headset ini direka khas untuk memberikan keselesaan kepada pengguna sepanjang sesi permainan walaupun dalam jangka masa yang lama.

5)FANTECH IRIS HG19 RGB GAMING HEADSET RM89

Headset HG19 mempunyai berat yang ringan dan selesa untuk dipakai lama walaupun dengan berat hanya 352gram.

Reka bentuk yang over-ear dan lembut mampu memberikan keselesaan yang berpanjangan kepada pengguna.

Mudah digunakan, plug dan play sahaja. hanya masukkan USB ke slot USB dan 3.5mm audio jack+audio tanpa perlu install sebarang driver.

Dilengkapi dengan mikrofon noise cancelling, iaitu mampu meghilangkan suara bising dari ruangan sekitar dan bermain game tanpa sebarang gangguan.

6)TECWARE Q2 GAMING HEADSET RM89

Headset gaming keluaran Tecware merupakan salah satu headset mampu milik terbaik dengan harga bawah RM100 sahaja.

Dengan berat yang ringan iaitu hanya 220 gram, Q2 direka untuk memberikan keselesaan selepas beberapa jam penggunaan.

Dilengkapi dengan headband yang boleh di laraskan mengikut kesesuaian.

Mempunyai earcups dan kusyen dengan rekaan jaring berlapik untuk memberikan lebih banyak pengudaraan dan tidak panas walaupun digunakan dalam tempoh masa yang panjang.

Tecware Q2 juga mempunyai prestasi audio terbaik dengan 40mm drivers dan mempunyai mikrofon yang boleh memberikan komunikasi yang jelas semasa bermain game.

7)FANTECH HG15 CAPTAIN 7.1 GAMING HEADSET RM99

Headset Fantech HG15 direka bentuk dengan earcup yang lebih besar untuk menutup seluruh telinga dari bunyi luar dan dapat bermain game dengan lebih selesa.

Dilengkapi dengan virtual 7.1 surround sound yang boleh memberikan bunyi sekeliling yang jelas semasa dalam permainan.

Mempunyai sambungan USB yang sesuai digunakan di setiap PC.

Fantech HG15 mempunyai mikrofon noise cancelling yang mampu meghilangkan suara bising dari ruangan sekitar dan mampu bermain game tanpa sebarang gangguan.

Sound effect dan equlizer boleh dilaraskan melalui software yang tersedia untuk di muat turun dari www.fantechworld.com

Itu sahaja perkongsian dari Kak Mona, jika berminat boleh terus klik button yang disediakan.

Semoga bermanfaat!

monalizavlog

View all posts

Add comment

Your email address will not be published.