Kami ada jumpa 1 smartphone cooler yang sudah terjual sebanyak 855 unit di Shopee dan kebanyakan komen atau review yang diberikan adalah positif terhadap produk ni. Nama cooler untuk smartphone ni adalah Memo DL01 dengan harga RM39 sahaja. Betul ke cooler ni bagus? Jadi kami akan test cooler ni pada Smartphone Lenovo Legion Duel sambil main game Mobile Legends. Kami akan buat perbandingan suhu sebelum dan selepas guna cooler ni pada Lenovo Legion Duel, jadi dari situ kita akan tahu prestasi sebenar cooler ni. Jom !

PACKAGING

Packaging cooler ni simple sahaja, bersama cooler ni datang sekali kabel jenis Usb Type-C. Cooler ni menggunakan sambungan Usb Type-C dan bila anda sambung pada cooler ni ia akan menyala warna biru di bahagian hadapan. Bahagian belakang cooler ni ada macam besi aluminium.

EKSPERIMEN 

Kami mulakan dengan menyambung cooler ni menggunakan powerbank dan lampu warna biru tadi mula menyala. Suhu yang kami cek pada cooler ni pada masa ini adalah sekitar 20-22°C yang mana ia agak sejuk sebenarnya. Kemudian kami cek pula suhu smartphone Lenovo Legion Duel sekitar 28-29°C. Waktu ni kami perasan yang bahagian aluminium cooler ni dah mula kelihatan basah seperti ada air macam tu dengan suhu makin menurun kepada 16-17°C.

Pada Lenovo Legion Duel ni juga sebenarnya anda boleh pantau prestasi dan suhu yang mana waktu ni sekitar 29-30°C. Kami akan main Mobile Legend ni dalam 4-5 game tanpa menggunakan Cooler Memo DL01 dan cek suhu smartphone ni. Kemudian kami akan biarkan smartphone ni rehat sekejap dalam 5 minit untuk bagi ia sejuk semula dan barulah kami akan test sekali lagi dengan menggunakan Cooler Memo DL01 ni pula.

TANPA COOLER

Mula-mula kami cuba main dalam masa 10 minit sahaja, tapi kenaikan suhu yang ditunjukkan pada smartphone ni tak begitu banyak sangat. Jadi kami panjangkan lagi masa lebih kurang 50 minit macam tu. Sebenarnya Lenovo Legion Duel ni sendiri dah ada 2 cooling fan kalau tak silap kami, jadi mungkin tak nampak perbezaan sangat untuk eksperimen kali ini. Suhu awal Lenovo Legion Duel ni 30°C dan selepas 50 minit main game suhu akhir lebih kurang 37°C. Seterusnya kami pasangkan Cooler Memo DL01 pada smartphone ni dan biarkan ia kembali sejuk dan menjadi seperti suhu awal tadi iaitu 30°C.

MENGGUNAKAN COOLER MEMO DL01

Untuk menggunakan cooler ni anda tak perlu ON apa-apa suis pun pada cooler ni. Hanya perlu plug in dan automatik ia akan berfungsi. Udara sejuk akan masuk melalui bahagian belakang dan seterusnya akan keluar di bahagian atas. Tapi ia juga bergantung kepada smartphone anda, macam mana anda nak letak cooler ni. Bunyi kipas untuk cooler ni agak kuat juga sebenarnya dan sedikit mengganggu. Selepas kami main game dalam 50 minit macam tu, suhu dalam sistem Lenovo Legion Duel ni 35.6°C sahaja. Lebih rendah berbanding tanpa menggunakan Cooler Memo DL01 ni.

KESIMPULAN 

Memo DL01 ni memang betul-betul dapat sejukkan smartphone semasa anda bermain game. Tapi ia bergantung pada anda juga. Sesetengah orang tak suka sangat main game dengan keadaan cooler terlekat di smartphone macam ni tapi bagi kami ianya okay sebab ia tak begitu mengganggu permainan kami. Cuma disebabkan hanya boleh pasang cooler ni pada 1 sisi sahaja jadi sebelah bahagian akan sejuk manakala bahagian yang lain akan sedikit panas. Tapi kalau anda memang mobile gamer, kami memang recommend anda beli Cooler Memo DL01 ni.

monalizavlog

View all posts

Add comment

Your email address will not be published.