Taipei, TAIWAN – Cooler Master mempamerkan prototaip mereka secara atas talian, memberi peluang kepada umum untuk mengetahui secara terus berkaitan konsep pra-pengeluaran dan mockup dalam masa tertentu. Produk utama untuk kategori Case, Cooling, Power, Peripheral dan Lifestyle, menampilkan teknologi baru yang boleh diakses bermula 25 Januari sehingga 29 Januari. Booth atas talian Cooler Master sekarang sedang bersiaran dan boleh diikuti di @ cmshowcase2021.com

Lifestyle Setup

Bermula dari kerusi, monitor dan meja, Cooler Master melancarkan gear premium untuk rumah pejabat, bilik gaming dan lain-lain.

  • Gabungan 1 – Kerusi gaming ini direka untuk kegunaan para gamer professional dan juga untuk pencipta kandungan. Didorong dengan kajian yang luas, ia dicipta untuk memenuhi keperluan para gamer zaman moden dan mempunyai kreativiti, fokus kepada kesihatan, interaksi dan ekspresi.
  • GD120 & GD160 ARGB – Meja gaming generasi seterusnya direka untuk memberi keselesaan yang terbaik. Dengan reka bentuk kaki jenis dual motor, anda mempunyai anggaran keluasan setengah meter untuk disesuaikan dengan ketinggian anda pada bila-bila masa sahaja mengikut kesukaan anda.
  • GM27-FQ – Monitor gaming jenis flat untuk generasi seterusnya dibina dengan teknologi IPS pantas yang mampu mencapai refresh rate sehingga 180Hz dan response time 1ms (GTG). Monitor ini dilengkapi dengan panel IPS 2K QHD 2560*1440, 97% AdobeRGB julat warna yang luas, dan bezel yang ultra nipis, GM27-FQ juga datang dengan 1 stand ARGB yang boleh diselaraskan dengan software MasterPlus+. Ia juga sesuai dengan AMD FreeSync Premium dan NVIDIA G-Sync.
  • GM32-FQ – Panel IPS 2K QHD 2560*1440 yang lengkung pada monitor gaming ini memberikan kualiti paparan dan kemampuan yang optimum. Monitor ini mampu mencapai refresh rate sehingga 165Hz dan response time 5ms (GTG OC), disokong dengan julat warna yang luas iaitu 95% DCI-P3 dan sesuai untuk AMD FreeSync Premium dan NVIDIA G-Sync.

PC Case

Gabungan projek percubaan dan reka bentuk produk teras menghasilkan sesuatu yang baru apabila Cooler Master memperkenalkan rangkaian produk terbaru, seperti case dengan pengudaraan terbuka sebagai percubaan, bersama case ARGB jenis klasik dengan teknologi pencahayaan yang unik.

  • MasterFrame 700 – Mampu ditegakkan sebagai frame dengan panel tempered glass bersaiz 650mm, “sayap” case ini boleh juga dijadikan sebagai mount untuk 3 unit radiator bersaiz 360mm
  • MasterCase EG200 – External GPU dengan pemacu untuk meningkatkan power laptop menggunakan  ThunderBolt.
  • MasterBox MB540 – Panel hadapan dengan ciri “Ether”, MasterBox MB540 datang dengan jalur ARGB boleh dilaras yang mampu memancar di belakang panel telus cahaya.
  • MasterBox MB600 V2 – Dengan finishing yang halus, case ATX PC ini mampu menghiasi setup gaming dan ruang kerja dengan hardware yang terkini.

Thermal Solutions

Dari AIO thermoelectric cooler ke air cooler ia dilengkapi dengan teknologi SickleFlow, penyelesaian thermal generasi baru bagi memenuhi prestasi standard.

  • MasterLiquid ML360 Sub-Zero – Liquid cooler pertama dari Cooler Master iaitu Thermoelectric Cooling (TEC) AIO dikuatkan dengan Intel® Cryo Cooling Technology.
  • MasterLiquid ML240 & ML360 Illusion – Siri MasterLiquid ML Illusion dengan 60 ARGB LEDs disepadukan ke dalam pump baru jenis lut sinar dilengkapi dengan pump jenis Dual Chamber generasi ketiga untuk kesan pencahayaan yang luar biasa dan prestasi penyejukkan yang terbaik.
  • MasterAir MA624 Stealth – Gandakan prestasi dengan kipas jenis dual bersaiz 140mm dan heatsink jenis menara berkembar untuk peyejukkan terhebat dalam kemasan hitam premium.
  • Connect Stand – ‘Stand’ dari gabungan mesh logam dan plastik untuk platform yang lebih kukuh serta memaksimumkan kebolehan penyejukkan terutamanya untuk router.

Peripherals

Cooler Master memberikan hasil yang terbaik dan merasai pengalaman dengan memperkenalkan mouse gaming terbaru yang ringan, 60% keyboard, gabungan warna baru, sama seperti ControlPad V2.

  • CK351 – Mechanical keyboard mampu milik, IP58 jenis kalis air dan debu dengan ABS double-injection dan keycap jenis ukiran laser dilengkapi dengan tempat untuk rehatkan pergelangan.
  • MK721 – Dilengkapi sepenuhnya dengan sambungan Bluetooth 2.4GHz, switch jenis Cherry MX, keycap jenis doubleshot PBT, badan dari aluminum, kabel bergelung dan dail 3 hala yang boleh dilaras, MK721 merupakan keyboard 60% terbaik untuk kegunaan pejabat, rumah dan di mana-mana sahaja.
  • MM731 – Mouse gaming yang sangat ringan, reka bentuk yang ergonomik tanpa lubang luaran, MM731 ini seberat bawah 60g dengan kedua-dua sensor optical dan switch untuk meningkatkan ketahanan.

Accessories

  • ARGB GPU Bracket – Dengan fungsi dan artistik, ARGB GPU Support Bracket menawarkan kekuatan dan nilai estetika pada tempered glass bagi memastikan slot PCI-e selamat dengan bahagian tepi menyala ARGB.
  • PBT Backlit Keycap Set – Diperbuat daripada PBT berkualiti tinggi untuk lebih tahan lama dan finishing jenis tahan minyak serta font yang jelas bagi membenarkan lampu backlight RGB menyinarinya.

monalizavlog

View all posts

Add comment

Your email address will not be published.