PC yang kami akan review kali ini saiznya hanya sebesar kad kredit sahaja, sangat kecil dan yang penting harganya hanya RM250 sahaja. Bagi kami ini adalah alternatif terbaik untuk ibu bapa yang nak cari PC untuk anak mereka belajar secara atas talian di rumah sempena musim PKP sekarang ni. PC ni simple sahaja, anda beli masukkan OS dengan proses yang sangat simple, cucuk pada televisyen yang ada port hdmi, kemudian anda boleh beli keyboard, mouse, webcam dan pastikan rumah anda ada sambungan internet terus anak anda boleh guna PC ni.

PC yang kami maksudkan ni adalah Raspberry Pi 4. Kami memang tak familiar dengan produk ni dan kami perlukan sedikit masa untuk study dan test produk ni. Ada perkara positif dan ada perkara negatif tapi yang penting Raspberry Pi 4 mmpu menjalankan tugas dengan baik bagi menggantikan PC yang sedia ada. Walaupun ia tak sehebat PC tapi anda tetap boleh buat kerja pejabat, kelas atas talian, dokumentasi dengan Raspberry Pi 4 ni.

REKA BENTUK

PC ni datang dalam bentuk yang sangat simple malah anda boleh nampak PCB board yang berwarna hijau dan semua connector yang ada pada Raspberry Pi 4 ni. Kami beli Raspberry Pi 4 ni dengan harga RM400, tapi kami sempat cek di Shopee dan Lazada dan kami jumpa 1 kedai yang jual dengan harga RM350 sekali dengan body kit. Tapi dengan syarikat yang kami beli ni mereka sangat membantu, mereka jawab satu persatu soalan yang kami tanya sebab kami memang tak tahu pasal Raspberry Pi 4 ni.

Rupa yang anda nampak ni memang sebuah komputer. Di atasnya ada processor atau lebih tepat dipanggil chipset. Raspberry Pi 4 ni menggunakan chipset ARM v8 Quad Core, RAM 8GB, wireless 5GHz, Bluetooth 5.0 tapi tiada storage jadi anda kena beli sekali memori kad. Untuk IO port pula ada 1 port Usb Type-C sebagai power source, 2 port micro hdmi jadi anda boleh buat 2 skrin, 1 port untuk audio jack, 2 port Usb 2.0 Type-A, 2 port Usb 3.0 Type-A dan 1 port gigabit LAN. Di bawahnya ada 1 slot untuk MicroSD.

CARA PENGGUNAAN

Cara untuk guna PC ni memang sangat simple, takda switch apa-apa hanya plug & play sahaja. Cuma untuk jadikan ia sebuah komputer anda kena masukkan OS ke dalam memori kad dan cucuk masuk ke dalam Raspberry Pi 4 ni. Untuk makluman anda, operating system OS untuk Raspberry Pi 4 ni sangat berlainan dengan apa yang anda selalu jumpa di laptop Acer, Asus malah untuk Macbook. Ini kerana Raspberry Pi 4 ni menggunakan Raspberry Pi OS. Cara untuk masukkan OS ke dalam Raspberry Pi 4 ni sangat simple.

Mula-mula sekali anda perlu ke website Raspberry Pi dan download Raspberry Pi Imager, kemudian anda buka dan pilih OS yang anda nak install, kami recommend anda pilih yang atas sekali tu. Lepas tu anda pilih memori kad, tunggu sekejap dan dah siap ! Bila dah siap, anda masukkan flash memori kad tu ke dalam Raspberry Pi 4, cucuk kabel power Type-C, hdmi, mouse, keyboard dan webcam serta speaker kalau anda nak guna, ia akan automatik ON dan anda akan terus masuk ke desktop.

Kalau nak bandingkan interface Raspberry Pi 4 ni dengan Windows atau Mac, kami rasa interface Raspberry Pi 4 ni lebih menghampiri Mac OS. Kalau di laptop Windows akan ada Start Menu dan Windows Button untuk keluarkan semua software dan app, tapi untuk Raspberry Pi OS ni akan ada Raspberry Button di bahagian atas belah kiri. Bila anda tekan butang tu ia dah asingkan semua app mengikut kategori seperti programming, internet, sound, video, game, aksesori dan lain-lain. Di bahagian kanan ada maklumat berkaitan WiFi dan Bluetooth. Browser utama untuk Raspberry Pi 4 ni adalah Chromium dan search engine utama adalah DuckDuckGo jadi privasi anda berada pada tahap maksimum.

Untuk kegunaan basic seperti Whatsapp Web, Google Doc, Drive dan lain-lain okay cuma tak smooth. Ia ala-ala anda guna laptop processor jenis Pentium dan RAM 4GB, pretasi tu akan slow macam tu sebab chipset yang digunakan tak cukup gagah untuk guna software tadi. Tapi untuk Google Meeting, Online Conference memang tiada masalah. Untuk YouTube kami test dengan 2 skrin iaitu skrin 2K & skrin Full HD. Untuk skrin 2K video tu memang tak boleh nak tengok langsung. Tapi untuk skrin Full HD video tu memang smooth tapi tetap ada kekurangan juga sikit.

KESIMPULAN 

Jadi kalau anda nak jadikan Raspberry Pi 4 ni sebagai Android Box memang kami tak recommend. Tapi kalau nak guna sebagai ganti PC untuk anak-anak belajar secara atas talian dengan bajet sangat minimum RM500, kami recommend anda beli Raspberry Pi 4 ni.

monalizavlog

View all posts

Add comment

Your email address will not be published.