Untuk artikel kali ini kami nak kongsikan dengan anda 1 model jam terbaru dari realme iaitu realme Watch S Pro. Jam ni memang sangat cantik sebab ia menggunakan skrin AMOLED display. Dalam masa lebih kurang setahun ni realme keluarkan 3 jenis jam iaitu realme Watch yang biasa, realme Watch S dan realme Watch S Pro. Kalau dibandingkan antara 3 model ni, realme Watch S Pro ni antara yang paling top !

REKA BENTUK

Kita mulakan dari segi reka bentuk realme Watch S Pro ni dulu. Dari segi reka bentuk, ia menggunakan material premium stainless steel dan bila anda pakai jam ni memang akan rasa aura esklusif dan mahal. Untuk mereka yang bertubuh kecil dan semestinya lengan pun kecil, anda semestinya lebih suka pakai jam bersaiz kecil kan? Tapi untuk realme Swatch S Pro ni mula-mula anda akan rasa jam ni sedikit besar dengan anda tapi bila anda dah selesa dengan jam ni sebenarnya ia sesuai untuk semua pengguna di luar sana.

Dengan saiz skrin yang agak besar dari kebiasaan jam lain, anda boleh baca lebih banyak maklumat pada jam ni termasuklah semasa anda menerima notifikasi. Skrin realme Watch S Pro ni bersaiz 454 x 454 pixel, 326 ppi, skrin jenis AMOLED, nit brightness 450 dan support contrast ratio sehingga 100,000 : 1. Konklusi yang kami boleh cakap, skrin realme Watch S Pro ni sangat cantik dan sangat cerah. Walaupun jam ni ada 5 level brightness, kami lebih gemar guna level 2 untuk siang 1 dan level 1 untuk malam hari sebab ia sudah cukup cerah bagi kami. Jam ni juga auto brightness.

SPESIFIKASI

Di bahagian belakang jam ni ada beberapa sensor seperti SPO2 sensor dan heart rate sensor. Kedua-dua sensor ni berfungsi dengan baik dan kami sudah bandingkan dengan jam model lain. Jam ini datang dengan strap silicon yang berwarna hitam bersaiz 22mm. Strap yang digunakan ni sangat selesa untuk dipakai seharian.

STRAP

Realme juga ada hantar pada kami 6 extra strap iaitu 3 jenis strap silicon yang berwarna oren, biru dan hijau serta 3 strap kulit yang berwarna biru, coklat dan hijau. Jika anda nak buat aktiviti lasak atau bersukan, anda boleh guna strap silicon. Kalau anda nak pakai untuk pergi kerja atau acara yang grand sikit anda boleh guna strap jenis kulit tadi. Katakan kalau anda tak suka strap yang diberikan atau lagi 6 strap yang realme jual ni, anda boleh beli strap dari third party sebab ia menggunakan standard strap 22mm.

KETAHANAN BATERI

Untuk ketahanan bateri pula mereka claim ia boleh bertahan selama 14 hari. Bagi kami tempoh 2 minggu tu agak lama. Mengikut penggunaan kami seharian jam ni menggunakan bateri lebih kurang 10% sehingga 12%. Jadi jika dibuat kiraan bateri jam ni sebenarnya boleh bertahan untuk 8 hari sahaja. Bagi kami ianya sudah cukup baik dan okay sebenarnya. Anda mungkin boleh buat jam ni bertahan untuk 14 hari jika anda disable Always On Display, kurangkan brightness,kurangkan fitness tracking, sleep tracking dan lain-lain.

KETAHANAN

Dari segi ketahanan jam ni pula, ia bukan hanya guna material stainless steel dan corning gorilla glass, malah ia juga waterproof untuk kedalaman sehingga 50 meter. Jadi tiada masalah kalau anda nak mandi atau berenang sambil pakai realme Watch S Pro ni. Ia juga menyokong sehingga 15 jenis sukan seperti outdoor running, swimming, yoga. Untuk outdoor running anda boleh track larian anda tanpa perlu smartphone serta high precision GPS jadi anda tak perlu risau kalau-kalau jarak larian anda tu betul atau tak. Berita gembiranya, jam ni bukan sahaja menyokong penggunaan Android malah ia juga boleh digunakan oleh pengguna Iphone. Anda hanya perlu download aplikasi realme Link dan dari situ anda boleh cek lebih detail pasal jam ni. Aplikasi realme ni juga jenis straighforward dan user friendly. Nama pun smartwatch, anda boleh guna jam ni sebagai camera remote control dan music control untuk smartphone anda.

KEKURANGAN

Jam ni perfect ke? Kalau anda tanya kami, jam ni ada juga kekurangannya. Walaupun kami puji aplikasi realme Link tu jenis straighforward dan mudah untuk digunakan, tapi ia terlalu simple sebenarnya. Kekurangan kedua adalah semasa pertama kali nak sambung smartphone dengan jam ni, ia kurang smooth sedikit.

monalizavlog

View all posts

Add comment

Your email address will not be published.