Kalau anda rajin buka apps Shopee atau Lazada mesti anda ada nampak promosi yang Razer buat. Ada banyak sangat promosi dari Razer antaranya combo keyboard dan mouse pada harga RM159 sahaja. Dengan harga RM159 tu anda akan dapat 1 Keyboard Razer Cynosa Lite dan 1 Mouse Razer Abyssus Lite. Adakah anda patut beli set combo dari Razer ni? Jom kami kongsikan !

RAZER CYNOSA LITE

Kami mulakan dulu dengan Keyboard Razer Cynosa Lite ni. Bentuk frame keyboard ni mengingatkan kami kepada frame Keyboard Blackwidow Chroma yang kami pernah guna sebelum ni. Cuma permukaan keyboard ni bukan jenis finishing yang rata dan smooth seperti model Blackwidow Chroma atau Ornata Chroma. Secara peribadi kami kurang suka dengan permukaan yang dibuat oleh Razer pada Keyboard Razer Cynosa Lite ni. Bahan utama yang digunakan untuk keyboard ni adalah plastik tapi kami boleh puji yang kualiti keseluruhannya memang mantap. Tapi tidak adil kalau kami nak bandingkan model ni dengan mechanical keyboard lain yang menggunakan Aluminium sepenuhnya. Di bahagian bawah tengah keyboard ni terdapat logo Razer yang menyala sebab keyboard ni jenis RGB walaupun ia sedikit malap. Walaupun kami set kepada kecerahan yang maksimum pun ia tetap tak terang sangat.

Untuk pengetahuan anda, Keyboard Razer Cynosa Lite ni jenis 1 zone RGB yang mana untuk 1 papan keyboard ni hanya mampu tunjuk 1 warna sahaja dalam satu masa. Anda boleh ubah effect RGB keyboard ni dengan menggunakan software dari Razer seperti effect Audio Meter yang mana ia akan berubah mengikut audio yang keluar dari komputer anda, juga ada effect Breathing, Spectrum Cycling dan Static. Kalau anda nak custom key pun boleh, tiada masalah. Bagi kami software dari Razer ni antara software yang top untuk tujuan gaming. Keycap keyboard ni jenis yang tertanam kat dalam dan anda kena faham yang Keyboard Razer Cynosa Lite ni bukanlah mechanical keyboard, ia adalah membrane keyboard. Bila anda tekan keyboard ni memang ia ada menghasilkan bunyi ala-ala mechanical keyboard tapi feeling tu memang sangat berbeza seolah-olah anda sedang tekan sesuatu di atas getah atau pemadam macam tu.

Isu bila guna membrane keyboard adalah ia ada masalah ghosting atau boleh ke kalau kita nak tekan keycap keyboard ni serentak dalam satu masa? Jadi kami dah buat uji kaji menggunakan Keyboard Ghosting Demonstration dengan menekan seberapa banyak keycap yang ada pada keyboard ni secara serentak. Maksimum keycap yang kami boleh tekan pada Keyboard Razer Cynosa Lite ni adalah 5 dan ia boleh dikatakan sudah agak okay untuk mereka yang suka main game FIFA atau PES. Tapi kami tak recommend Keyboard Razer Cynosa Lite ni untuk anda yang suka menaip dengan sangat laju.

RAZER ABYSSUS LITE

Sekarang kita beralih pula kepada Mouse Razer Abyssus Lite. Untuk pengetahuan anda, Mouse Razer Abyssus yang pertama dulu merupakan salah satu mouse kesukaan kami yang mana kami guna dalam 1-2 tahun macam tu. Walaupun mouse tu takda ciri gaming sangat tapi ia mempunyai feeling gaming. Mouse tu tiada butang tambahan, tiada RGB dan lain-lain tapi kami suka sebab ia sangat selesa dan saiz yang sesuai dengan tangan kami. Tapi bila kami tengok Mouse Razer Abyssus Lite ni secara jujurnya kami agak kecewa sebab Razer tak kekalkan bentuk dan saiz seperti yang asal serta material, permukaan dan finishing yang digunakan pun berbeza.

Kami tak nafikan ada bahagian yang masih sama dengan yang asal tapi dari segi reka bentuk tu memang berbeza dan kalau Razer letak nama lain untuk mouse ni kami boleh terima lagi. Dari segi curve tu sama cuma kalau dilihat dari tepi ia agak kurus berbanding model Razer Abyssus yang sebelum ni. Dari segi saiz juga ia agak kecil, bila kami cuba guna memang agak kurang selesa. Kalau guna secara fingertip memang selesa tapi kalau nak guna secara palm grip memang tak selesa dengan panel di bahagian atas mouse ni agak besar berbanding di bahagian bawah yang menyebabkan ada lebihan dan jadi tak selesa.

Di bahagian belakang mouse ni ada logo Razer yang sedikit terang kalau nak dibandingkan dengan logo yang terdapat pada Keyboard Razer Cynosa Lite tadi. Anda boleh tukar effect RGB yang ada di belakang mouse ni dengan menggunakan software yang sama seperti keyboard tadi iaitu Razer Synapse. Sama seperti model yang lama, Mouse Razer Abyssus Lite ni juga datang tanpa butang tambahan, ia hanya ada butang kiri, kanan dan skrol. Butang di sisi kiri pun tiada, malah butang DPI pun tiada. Roda untuk skrol tu ada getah bagi lebih kemas semasa anda menggunakannya. Untuk sensor pula kami tak pasti sensor apa yang Razer guna sebab kami dah cuba cek tapi tak jumpa sebarang maklumat berkaitan sensor tersebut. Tapi kami boleh jamin yang pergerakan mouse ni memang sangat tepat dan tiada masalah. Clicky switch yang terdapat pada mouse ni memang terbaik, seolah-olah ia seperti mouse yang mahal. Feeling gaming memang ada pada Mouse Razer Abyssus Lite ni.

Di bahagian bawah mouse ni terdapat 2 glider yang besar yang terletak di bahagian bawah dan atas. Dan di bahagian tengah sensor tu juga dikelilingi oleh glider jadi pergerakan mouse ni memang smooth habis seolah tiada geseran langsung. Jadi sesiapa yang mencari mouse untuk main game yang sangat laju, kami recommend anda beli Mouse Razer Abyssus Lite ni kalau saiz tangan anda dan cara anda pegang sesuai dengan mouse ni. Anda boleh set DPI mouse ni sehingga 6,400 DPI yang mana ia agak tinggi sebenarnya cuma anda kena set menggunakan software Razer Synapse tadi.

KESIMPULAN

Secara keseluruhannya dengan harga RM159 untuk 1 keyboard dan 1 mouse ni bagi kami offer yang bagus sebenarnya dari Razer. Sebab ini bukan jenama yang biasa-biasa, ini adalah jenama gaming Razer. Untuk Razer Cynosa Lite ni yang bagusnya adalah kualitinya, walaupun ia menggunakan plastik tapi bentuk frame yang digunakan agak padu. 5 key ghosting tadi antara ciri yang bagus sebenarnya bagi kami serta ia mempunyai RGB walaupun tak berapa nak terang. Untuk Razer Abyssus Lite pula bagi kami reka bentuknya agak kurang tapi dari segi pergerakan tu memang terbaik. Kalau untuk keyboard mungkin kami akan beli tapi untuk mouse mungkin tak. Apa pun kami cadangkan anda cuba dulu sebelum beli.

monalizavlog

View all posts

Add comment

Your email address will not be published.