Rata-rata mereka yang memiliki peranti elektronik akan menghadapi masalah peranti kekurangan bateri. Mereka yang memiliki gajet mudah alih terutamanya yang mempunyai akses sambungan internet, sangat memerlukan powerbank mudah alih walau di mana sahaja anda berada. Oleh sebab itu Power Bank realme terbaru dari realme Malaysia dengan kapasiti 20000mAh 18W ini mampu untuk mengatasi masalah berkaitan bateri dengan menggunakan teknologi penjimatan.

Power Bank realme terbaru ini datang dengan 18W 20000mAh yang menyokong pengecasan secara QC & PD untuk kebanyakan peranti elektronik seperti smartphone dan laptop. Power bank ini mempunyai 14 lapisan perlindungan litar untuk pengguna mengecas peralatan mereka dengan selamat tanpa sebarang kerisauan. Tambahan pula, ia mempunyai mod aliran arus yang rendah untuk rangkaian peranti Artificial Intelligence of Things (AIoT) bagi memastikan jangka hayat bateri audio pintar dan peranti wearable anda bertahan lebih lama.

Dari segi tinjauan, power bank ini diukir dengan 10 ribu jalur mikro, membentuk tekstur grid yang unik bagi menghasilkan sentuhan yang lembut. Pengguna di Malaysia sekarang boleh memiliki Power Bank realme 20000mAh 18W ini dengan harga RM149 menerusi jualan secara offline pertama pada 23 Januari 2021 melalui semua pengedar realme yang sah.

#realAIoT

#realmeMalaysia

monalizavlog

View all posts

Add comment

Your email address will not be published.