Masa mula-mula Cooler Master lancarkan headset gaming model MH670 ni kami memang nak sangat review headset gaming ni. Bagi kami Cooler Master adalah salah satu jenama yang kami suka untuk berkolaborasi bersama sebab mereka sangat professional, apa yang positif dan negatif pasal produk mereka benarkan kami untuk berkongsi kepada pengguna di luar sana. Untuk headset gaming jenis wireless MH670 ni kami sudah test dalam 2 minggu macam tu dan kami ada pendapat kami sendiri. Ada beberapa perkara positif yang kami patut puji dan ada juga beberapa perkara yang kami rasa Cooler Master patut perbaiki untuk produk mereka yang akan datang. Nak tahu pasal apa tu? Jom !

REKA BENTUK

Dari segi reka bentuk, model MH670 ni sama sahaja dengan model MH630 dan MH650 yang kami pernh review sebelum ini. Bentuk earcup jenis bujur telur, di bahagian belakang earcup ada logo Cooler Master yang minimal. Material yang digunakan untuk headset ni keseluruhannya adalah plastik dengan di bahagian belakang earcup ada sedikit matte.

FLEKSIBILITI 

Dari segi fleksibiliti pula antara kriteria yang kami agak kagum yang mana fleksibiliti model headset gaming dari Cooler Master memang sangat mantap. Anda boleh swivl earcup dan twist headband sesuka hati anda.

SPESIFIKASI 

Di earcup bahagian kanan headset gaming ni terdapat 1 butang 7.1, 1 port Micro Usb, 1 notification LED dan butang power. Manakala di bahagian kiri pula ada butang volume, butang untuk mute / unmute mikrofon, 1 port aux dan mikrofon. Mikrofon yang digunakan adalah jenis detachable yang boleh dipasang dan dicabut jika anda tak nak guna. Untuk model ni Cooler Master seolah-olah nak masukkan ia dalam kategori minimalist dan kegunaan professional.

WIRELESS GAMING HEADSET 7.1 

Kenapa anda kena beli headset gaming model MH670 ni? Sebab ia adalah headset gaming jenis wireless yang datang sekali dengan 7.1 surround. Bersama-sama headset gaming ini anda akan dapat sekali wireless receiver. Sepanjang kami guna headset gaming ni kami tak rasa ada delay langsung, sound memang mantap dan ontime serta ia support semua platform seperti PC, smartphone (menggunakan adapter OTG yang didatangkan sekali), Nintendo Switch, malah untuk PS4 pun tiada masalah langsung. Dari segi bateri pun bagi kami agak tahan, walaupun kami takda buat ujian yang spesifik untuk bateri ni tapi kalau kami guna di laptop untuk 1 hari secara on & off masih lagi bertahan.

KUALITI AUDIO

Dari segi kualiti audio mikrofon model ni pula bagi kami sangat terbaik. Kami dah test dan bunyi noise tu memang takda walaupun kami test dalam bilik yang ada aircond yang kuat. Lepas tu bunyi seperti sengau pun tiada, audio lebih natural macam tu walaupun ada compress sikit. Bagi kami audio model MH670 ni lagi mantap dari model MH752, bass model ni lagi padu. Keseluruhan audio model ni lagi clear, lagi kuat tapi tak over sangat. Bunyi low dan high lagi tinggi dari mid. Kalau anda tak suka dengan preset yang Cooler Master tetapkan, anda boleh ubah preset guna software yang Cooler Master bagi. Mula-mula sekali anda kena download software Cooler Master Plus Portal dan ia akan detect secara automatik model headset gaming ni. Kemudian anda boleh ubah mengikut keinginan anda. Sebenarnya software dari Cooler Master ni sangat bagus untuk anda yang nak belajar bezakan bunyi bass, low, high, mid dan lain-lain yang mana anda boleh explore sendiri. Dan untuk 7.1 surround model MH670 ni memang real habis, sound stage sangat luas, sound positioning tepat dan tiada langsung masalah delay. Earcup model ni jenis tertutup dan menggunakan PU leather earpad jadi kita tak kan dengar sangat bunyi dari luar.

MASALAH 

Disebabkan earcup model ni jenis tertutup dan menggunakan material PU leather, walaupun kami guna headset gaming ni dalam bilik yang ada aircond tak sampai 40 minit kami dah kena cabut headset ni bagi udara sejukkan semula telinga kami. Bagi kami headset ni memang panas dan ini merupakan kekurangan paling besar untuk model ni. Dari segi keselesaan headset gaming ni memang sangat selesa, tak sakitkan kulit kepala, tak sakitkan telinga, tiada sebarang tekanan. Cuma masalahnya dari panas tadi. Masalah kedua pula adalah model ni masih lagi menggunakan port Micro Usb untuk cas headset ni. Ini bukanlah masalah yang besar tapi untuk Tahun 2021 ni yang rata-rata menggunakan Usb Type C, ia agak janggal sedikit. Masalah ketiga yang Cooler Master boleh perbaiki adalah 2.4 wireless receiver yang mana reka bentuknya sangat panjang dan besar. Bila kami cucuk wireless receiver ni di laptop ia akan nampak terjulur dan kemungkinan untuk tertekan atau patah tu agak tinggi. Adalah lebih baik jika Cooler Master sediakan dalam saiz nano seperti yang digunakan pada Wi-Fi receiver yang ada di pasaran sekarang.

KESIMPULAN

Kalau anda tanya kami kenapa kena beli Cooler Master MH670 ni? Kami bagi 3 sebab utama iaitu yang pertama sebab ia wireless, kedua kualiti audio memang mantap habis dan yang ketiga mikrofon model ni memang terbaik. Tapi 1 sebab kenapa kami tak nak beli model ni adalah sebab ianya panas. Harga untuk Cooler Master Mh670 ni di official store adalah RM459.

 

monalizavlog

View all posts

Add comment

Your email address will not be published.