Macam anda semua tahu di Shopee ada banyak promosi kan antaranya Promosi 11.11, Promosi 12.12. Jadi pada Promosi 12.12 hari tu Abe Cerah ada beli beberapa barang termasuklah screwdriver elektronik dari jenama Xiaomi iaitu Xiaomi Wowstick 1F+. Kenapa Abe Cerah beli screwdriver ni? Katanya sebab cantik. Tapi lepas kami guna screwdriver ni, ia bukan sahaja cantik malah ia sangat berguna dan sangat membantu. Membantu macam mana, dari segi apa tu? Jom !

PACKAGING

Salah satu sebab kenapa kami suka Xiaomi Wowstick 1F+ ni adalah packaging screwdriver ni sendiri sangat esklusif. Ia juga datang dengan beberapa aksesori yang sangat berguna dan berfungsi dengan sangat baik. Stand screwdriver ni yang agak berat untuk memegang screwdriver ini dengan kukuh dan selamat. Screwdriver ini datang dengan 56 screw bits yang bermagnet.

Bersama-sama screwdriver ni juga terdapat skru pad bermagnet untuk anda letak skru-skru kecil yang anda dah buka dari peralatan elektronik anda, jadi skru-skru tersebut tak kan mudah hilang. Selain itu terdapat 1 alat untuk anda magnetize dan demagnetize screw bits anda. Sebagai contoh jika pada masa hadapan screw bits anda dah tak ada kuasa magnet, anda boleh magnetize semula screw bits tu menggunakan alat tadi. Jika anda tak nak skru-skru kecil anda hilang, anda boleh terus letak dalam botol kecil yang datang sekali dalam kotak. Anda juga akan jumpa alat berbentuk 3 segi dan suction cup untuk anda buka telefon atau laptop.

SPESIFIKASI 

Kualiti binaan screwdriver ni memang baik yang mana ia diperbuat daripada Aluminium yang rasa premium di tangan anda. Xiaomi menggunakan finishing jenis matte yang tak mudah licin dan tak meninggalkan kesan jari. Design screwdriver ni juga sangat clean. Screwdriver ini berfungsi pada kelajuan 200 Round Per Minute (RPM). Screwdriver ini menggunakan port Micro Usb yang mana bagi kami ini adalah sedikit kekurangan pada screwdriver ini. Masa untuk cas screwdriver ini lebih kurang 40 minit sahaja tapi sepanjang penggunaan kami hanya cas screwdriver ini sekali sahaja. Ini bermakna bateri screwdriver ini memang sangat okay.

Walaupun ini adalah screwdriver elektronik, anda tetap boleh guna screwdriver ni seperti anda guna screwdriver yang ada di rumah anda. Anda boleh pilih sama ada nak guna seperti biasa secara manual atau nak guna secara auto dengan menekan butang yang ada pada screwdriver ini. Kami dah test pada keyboard dan ternyata screwdriver ni mampu untuk buka skru yang tak pernah dibuka sebelum ni meskipun pada peralatan elektronik yang bersaiz kecil.

Bagi kami walaupun bukan 100%, dalam 98% kerja-kerja untuk buka dan pasang skru pada peralatan elektronik kecil seperti smartphone tu memang boleh settle dengan adanya screwdriver ni. Nak buka IPhone? Tiada masalah. Nak buka keyboard? Pun tiada masalah. Bagi kami dengan adanya screwdriver ni kami tak kan cari screwdriver lain dah. Anda kena cuba dulu screwdriver elektronik dari Xiaomi ni, kami yakin anda juga akan setuju dengan pendapat kami.

HARGA

Sekali pandang screwdriver ni anda rasa berapa harganya? Pada kami mula-mula kami pegang dan test sikit-sikit screwdriver ni sekali dengan aksesori yang ada dalam kotak screwdriver, paling kurang harganya kami rasa RM150 ke RM200. Tapi harga sebenar screwdriver ni hanyalah RM130 sahaja yang mana sangat berpatutan dan berbaloi dengan fungsinya.

KONKLUSI

Secara konklusinya kami sangat berpuas hati dengan screwdriver dari Xiaomi ni iaitu Xiaomi Wowstick 1F+. Kami rasa semua orang yang suka gajet atau jika anda ada kenalan yang buat kerja atau suka baiki jam, telefon dan lain-lain memang patut beli screwdriver dari Xiaomi ni. Anda mungkin akan memerlukan screwdriver ini bila-bila masa sahaja. Jika anda tak nak guna screwdriver ni anda boleh letak sahaja dalam stand dan ia akan kelihatan seperti prop yang cantik atas meja anda.

monalizavlog

View all posts

Add comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *