Kami ada nampak 1 artikel dekat website Amanz yang katanya Yes ada buat tawaran istimewa untuk pakej terbaru mereka yang mana dengan hanya RM1 sahaja anda akan dapat 10GB internet. Tanpa berlengah lagi kami pun cek di Shopee Yes dan memang betul RM1 sahaja. Jadi kami terus beli dengan penghantaran pun percuma. Bila dah sampai kami dah test dengan beberapa info penting yang biasanya ramai luar sana nak tahu. Kami rasa pakej ini bagus untuk dikongsikan bersama, mana tahu ia bermanfaat untuk anda yang Work From Home atau belajar dari rumah sebab pakejnya betul-betul berbaloi. Suka kami nak ingatkan yang perkongsian ini tidak ditaja oleh pihak Yes sama sekali. Kami tahu ada di kalangan anda yang mempunyai pengalaman yang kurang memuaskan dengan plan dari Yes ni. Tapi kenapa tidak jika kita beri peluang kedua, mungkin kali ini servis yang ditawarkan lebih baik.

Yes Kasi Up !

Pakej yang kami nak kongsikan ni dipanggil Yes Kasi Up. Normal price jika anda walk in ke store Yes untuk melanggan pakej ni adalah RM15 tapi mungkin disebabkan Yes nak perkenalkan official store mereka di Shopee jadi mereka bagi offer harga RM1 sahaja termasuk dengan cas penghantaran. Jadi kita punya kos hanyalah RM1 sahaja untuk dapatkan 10GB internet ni.

PACKAGING 

Dari segi packaging memang kami tak nak komen sangat. Mungkin sebab hanya RM1 sahaja jadi ia hanya datang dengan saiz sekeping kad sahaja tanpa sampul surat, tanpa kotak. Pada pandangan kami, katakan pihak courier letak kad ni dalam peti surat tanpa memaklumkan pada kita, kemungkinan untuk terlepas pandang kad kecil ni adalah sangat tinggi. Kemungkinan untuk hilang tu pun juga tinggi. Tapi disebabkan harga yang kami beli hanya RM1, kami nak pertikai pun rasa macam kurang sesuai. Tapi mungkin pihak Yes boleh tingkatkan sedikit kualiti packaging.

APLIKASI MyYes

Setiap kali kita beli simkad mesti kena daftar kan? Tapi disebabkan kita beli secara online ni macam mana nak daftar? Okay bersama-sama simkad ni anda akan dapat sekali buku manual yang kecil cara untuk daftar. Mula-mula sekali anda kena install aplikasi MyYes yang anda boleh cari di Play Store atau App Store. Bila anda dah buka aplikasi tu anda kena scan barcode yang anda terima tu serta kad pengenalan anda dan siap ! Sangat mudah kan? Saiz simkad ni jenis nano tapi adapter untuk simkad bersaiz micro dan yang normal pun disertakan sekali. Bagi kami aplikasi MyYes ni sangat user friendly dengan bahagian bawah terdapat beberapa option antaranya Home, Buy Now, Profile, Deals dan More.

Di bahagian Home anda boleh cek kredit yang tinggal, tarikh luput bila dan jumlah data untuk Prepaid Kasi Up. Di bahagian Buy Now pula anda boleh tambah prepaid yang anda nak. Tab Profile seperti biasa ada detail anda sebagai pengguna. Di bahagian Deals anda boleh nikmati diskaun-diskaun yang pihak Yes sediakan. Yang terakhir di bahagian More anda boleh hubungi Yes punya service centre dan lain-lain.

SOALAN BERKAITAN 

Jadi sekarang kita akan beralih kepada beberapa soalan yang biasanya ditanya oleh para pengguna di luar sana.

Antaranya pakej ni ada limit tak? Di website Yes ada maklumkan yang speed pakej ni limit sehingga 7Mbps.

Ada yang tanya laju ke Yes ni? Ini adalah soalan yang sangat subjektif. Di tempat kami dapat speed sekian-sekian, di tempat anda mungkin akan berbeza. Jadi untuk Yes ni kami cadangkan anda beli sahaja simkad RM1 ni, dah sampai anda daftar dan test sendiri macam mana coverage di kawasan anda.

Soalan hot yang lain pakej ni boleh hotspot tak? Setakat ni kami dah test hotspot tiada masalah tapi data limit kepada 9GB sahaja untuk hotspot.

10GB ni banyak mana ye? Kami test main Mobile Legend selama 30 minit sekitar 126MB data yang digunakan tapi ikut kepada penggunaan anda juga. Macam kami sebulan kami guna lebih kurang 50GB, dan jika dibandingkan dengan pakej RM15 untuk 10GB dari Yes ni bagi sebulan penggunaan kami akan jadi RM75 yang mana bagi kami kurang berbaloi. Sebab itu Yes ada bawa satu lagi pakej iaitu Pospaid Kasi Up berharga RM49 untuk 100GB internet yang mana agak murah juga la. Bagi kami kalau anda nak lebih jimat lebih baik anda grab yang pakej RM49 tu. Tapi apa-apa pun ia terpulang kepada penggunaan anda juga.

Jika anda tanya kami telco apa yang murah untuk kami main Facebook, Twitter, Instagram? Anda boleh beli Digi Prepaid dengan harga RM15 anda akan dapat 2GB internet tapi untuk kegunaan laman sosial anda dapat unlimited internet.

monalizavlog

View all posts

Add comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *