Walaupun Tahun 2020 banyak sangat isu tapi PC gamers tutup tahun ini dengan satu berita gembira iaitu Nvidia release RTX3060Ti. Kenapa ini dikatakan berita gembira? Graphic card RTX3060Ti ini boleh dikatakan terbaik untuk tahun ini, anda boleh guna graphic card ini untuk setahun, 2 tahun, 3 tahun akan datang. Graphic card ini bukan sahaja terbaik dari segi performance tapi ia juga terbaik dari segi harga. Anda boleh dapatkan Graphic Card Sweet Spot ini dengan harga ±RM2000 sahaja. Graphic card yang dimaksudkan adalah iGame GeForce RTX3060Ti Ultra OC White. Disebabkan spesifikasi graphic card ni sama dengan spesifikasi graphic card yang pernah Abe Cerah guna iaitu RTX3070 dan RX6800, Abe Cerah akan membuat perbandingan di antara ketiga-tiga graphic card ni. Jom !

DESIGN

Pertama sekali kita akan tengok dari segi exterior design graphic card ni. Untuk makluman anda review kali ini kami tidak disponsor oleh pihak iGame tetapi selepas kami tilik dan bandingkan dengan graphic card RTX3060Ti di luar sana, graphic card model iGame GeForce RTX3060Ti Ultra OC White ini yang paling unik. Design graphic card ni bukan putih plain tapi ia juga ada line kuning merah ala-ala salotape cross. Bagi kami ini adalah satu idea yang baru yang refreshing. Jika kita tengok dari bahagian bawah atau dekat belah kipas graphic card ni ada satu kawasan reflector yang nampak seakan-akan pelangi, memang lawa jika pasang graphic card ini secara vertical. Dari tepi pula kita boleh nampak heat sink yang agak besar, kemudian power port terdapat di bahagian hadapan seperti graphic card-graphic card sebelum ini. Dekat bawah power port terdapat logo iGame yang menyala dan kita boleh ubah warnya dengan software iGame Center. Salah satu perkara yang kami suka dengan iGame GeForce RTX3060Ti Ultra OC White ni ialah ia tidak memerlukan power yang besar. Kalau anda pakai power supply 600 watt pun tiada masalah tapi kami rekomen anda pakai power supply 600 watt dan ke atas. Graphic card ni datang dengan 1 Hdmi port dan 3 Display Port, tetapi ia tiada port untuk Usb Type-C.

COOLING PERFORMACE

Suhu ideal graphic card ni sekitar 39°C dan suhu stress atau load 100% ialah 66°C. Suhu dalam Dota 2 tak cecah 60°C, suhu untuk Fortnite dalam 65°C macam tu dan suhu untuk Apex Legend tinggi sikit iaitu 68°C. Tapi masih dalam kategori cooling system yang kita idam-idamkan.

GAMING PERFORMANCE

Untuk gaming performance ni kami test dengan 2 resolusi iaitu Full HD dan 2K. Untuk Full HD tiada sebarang masalah. Untuk resolusi 2K kita boleh main semua game dengan 60 fps dan ke atas.

Graf di atas ini menunjukkan perbandingan antara graphic card iGame GeForce RTX3060Ti Ultra OC White, RTX3070 dan RX6800 yang mana spesifikasi PC yang kami gunakan adalah sama. Secara jujurnya kami agak hairan sebab ada sesetengah game RTX3060Ti lagi power dari RTX3070. Game ini kami test dengan resolusi 2K dan kami test sekurang-kurangnya 3 kaliu ntuk dapatkan nilai average. Konklusinya kami sangat kagum dengan RTX3060Ti ni.

Kalau kita bandingkan dari segi harga pula RTX3060Ti ni harganya ±RM2000 manakala RTX3070 pula ±RM2500 dan Radeon RX6800 dalam RM3000. Bila kita bandingkan dari segi harga dan performance ketiga-tiga graphic card ni memang kita tak kan pandang dah RX6800 tu, sebabnya performance lebih kurang sama tapi harganya tersangat mahal. Malah power supply pun kita kena pakai power supply yang tinggi.

RENDERING PERFORMANCE

Untuk rendering pula ini adalah result blender benchmark yang mana kami test menggunakan rendering Adobe Premiere input output 4K yang Abe Cerah selalu buat. Masa untuk siap render dalam 1 minit 30 saat. Graf di atas adalah perbandingan blender benchmark untuk ketiga-tiga graphic card. Memang kita tak dapat nafikan yang graphic card RTX3060Ti adalah graphic card yang terbaik untuk Tahun 2020 dari segi cooling system, gaming performance dan rendering performance. Harga iGame GeForce RTX3060Ti Ultra OC White ni RM2099 tapi kita boleh dapat model RTX3060Ti dengan harga bawah RM2000 iaitu RM1899 untuk jenama yang lain.

monalizavlog

View all posts

Add comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *