Untuk artikel kali ini kami akan kongsikan review berkenaan sepasang True Wireless Earbuds terbaru dari Oneplus iaitu Oneplus Buds Z. Ini adalah salah satu pilihan TWS bajet yang sesuai untuk mereka di luar sana yang baru nak berjinak-jinak untuk memiliki wireless earbuds. Yang pasti Earbuds Oneplus Buds Z ni agak berbaloi untuk anda miliki sampaikan kami tak nak hantar balik earbuds ni. Apa yang best tu? Jom !

DESIGN

Sebelum ini Oneplus ada keluarkan Oneplus Buds, tapi kali ini mereka keluarkan pula Oneplus Buds Z ni yang mana ianya lebih kepada earbuds bajet berharga RM229. Walaupun begitu audio kualiti earbuds ni bukan biasa-biasa tau. Kali ini Oneplus menggunakan charging case berbentuk kapsul yang mana berbeza dengan charging case Oneplus Buds. Tapi material untuk case ini masih sama iaitu mereka menggunakan plastik dengan finishing glossy warna putih yang mana ia tak mudah kotor berbanding finishing jenis matte. Kebanyakkan hinge charging case untuk earbuds TWS biasanya lebih loose dan mudah rosak tapi untuk model ni hinge charging case lebih solid dan memuaskan.

Dari segi design earbuds ianya hampir sama dengan airpod seperti kebanyakan earbuds yang ada di pasaran sekarang. Pada earbuds ni juga terdapat finishing jenis glossy cuma untuk bahagian dalam mereka menggunakan plastik bukan jenis glossy. Earbuds ini datang dengan 3 saiz eartips yang ringan yang mana kita boleh tukar mengikut keselesaan dan lebih secure. Jadi jika anda nak pakai earbuds ni untuk jangka masa yang lama pun tiada masalah, terjamin keselesaannya. Di bahagian tepi earbuds ni terdapat touch control untuk skip lagu cuma ia tiada option untuk mengawal volume, jadi ini adalah salah satu kekurangan model earbuds ni. Untuk pause lagu anda hanya perlu cabut salah satu atau kedua-dua earbuds ni dan lagu akan pause secara automatik. Model ni juga ada feature quick pair.

Jika anda pengguna smartphone Oneplus contohnya, anda boleh update software terus dari smartphone anda tanpa perlu download app lain. Untuk pengguna android pula anda boleh download software HeyMelody untuk monitor earbuds ni seperti battery level. Untuk pengguna IOS pula buat masa sekarang belum ada software yang sesuai untuk earbuds ni. Oneplus ada claim yang earbuds ni juga ada ultra low latency untuk anda bermain game yang mana fungsinya untuk audio tidak delay dengan game play. Fungsi ini sangat bagus lebih-lebih lagi dengan harga yang ditawarkan memang berbaloi.

BATERI

Charging case untuk Oneplus Buds Z ni menggunakan bateri berkapasiti 450mAh yang mana Oneplus claim mampu bertahan sehingga 20 jam total playback time. Jika anda letak earbuds ni dalam charging case selama 10 minit, anda akan dapat extra 3 jam playback time. Apa yang kami suka dengan charging case ini adalah ia menggunakan Usb Type-C.

KUALITI AUDIO 

Untuk bahagian yang paling penting ni satu sahaja konklusi kami iaitu padu ! Audio kualiti Oneplus Buds Z ni memang jelas dengan bass yang just nice. Ini adalah hasil daripada penggunaan advance 10mm dynamic driver. Tapi kami nak ingatkan tentang kualiti audio ni adalah subjektif, anda kena try dulu macam mana. Oneplus Buds Z ni juga menggunakan Bluetooth 5.0 dengan 2 mikrofon yang ada noise reduction untuk audio yang lebih jelas semasa anda membuat dan menerima panggilan. Kami sudah test dan bagi kami mikrofon Oneplus Buds Z ni memang melakukan kerja yang terbaik seperti yang mereka claim, memang suara dapat didengari dengan jelas dan ia berjaya block bunyi di sekeliling.

KESIMPULAN

Jadi berbaloi ke untuk anda beli Oneplus Buds Z ni? Jika anda sedang mencari True Wireless Earbuds bawah RM300, model ni memang berbaloi. Bagi pendapat jujur kami, kami memang suka model Oneplus Buds Z ni cuma 1 aspek yang kami kena maklumkan adalah touch control di bahagian tepi tu agak limited tapi bagi kami itu bukan masalah yang besar sangat. Lagi satu meskipun anda tak menggunakan smartphone Oneplus pun anda masih boleh connect dengan smartphone model lain asalkan ada Bluetooth. Semua fungsi boleh dibuat dengan mudah tanpa delay dan tanpa sebarang masalah. Dari segi audio memang best serta kualiti mikrofon agak jelas. Dari segi keselesaan pula, memang selesa guna Oneplus Buds Z ni dan tiada masalah sakit telinga. Jadi bagaimana? Anda sendiri yang kena tentukan sama ada nak beli atau pun tak Oneplus Buds Z ni.

monalizavlog

View all posts

Add comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *