Untuk artikel kali ini kami akan kongsikan dengan anda berkenaan smartphone 5G terbaru dari Realme. Model yang dimaksudkan adalah Realme 7 5G yang berharga RM1299. Nak tahu lebih detail pasal smartphone ni? Jom !

DESIGN 

Mula-mula sekali dari segi design, smartphone Realme 7 5G ni lain sikit dari yang lain tapi kelainan yang diberikan sebenarnya lebih bagus. Di bahagian belakang smartphone ini menggunakan finishing jenis polish aluminium. Model ini datang dengan 2 warna iaitu warna Mist Blue dan warna Flash Silver. Untuk warna Flash Silver, design di bahagian belakang sedikit lain berbanding bahagian belakang warna Mist Blue. Bahagian belakang warna Flash Silver lebih kosong dengan adanya logo Realme yang agak besar tapi tetap lawa sebab ada efek reflective.

DISPLAY

Smartphone Realme 7 5G ini menggunakan display jenis IPS LCD berukuran 6.5 inci, 1080p x 2400p dengan 120Hz refresh rate. Bukan 60Hz, buka 90Hz tapi 120Hz. Walaubagaimanapun anda boleh pilih nak set refresh rate yang berapa Hz di bahagian setting mengikut kesesuaian anda.

PORT 

Dari segi port pula tiada yang special berbanding model lain, Realme masih menggunakan 3.5mm audio jack yang mana berita baik untuk para gamers di luar sana.

BERAT

Smartphone Realme 7 5G ini hanya seberat 200 gram sahaja yang mana sangat selesa untuk digunakan dalam jangka masa yang panjang seperti untuk bermain game.

KAMERA

Smartphone Realme 7 5G ini menggunakan quad camera setup, wide angle 48 megapixel, ultra white 8 megapixel, micro dan sensor 2 megapixel. Smartphone ini juga mampu rekod video sehingga 4k. Untuk kamera model ini ianya tidak lah terlalu tinggi tapi kualitinya tetap okay dengan harga yang ditawarkan.

SPESIFIKASI 

Smartphone Realme 7 5G ini menggunakan processor Mediatek 800U 5G dengan Mali-G57 dan Andorid 10 Realme UI 1.0. Model yang kami dapat ni datang dengan RAM 8GB dan 128GB storage. Kalau anda rasa 128GB ni belum mencukupi anda jangan risau sebab model ni support expandable storage. Apa yang menariknya ia menggunakan hybrid dual sim. Apa kaitan sim card dengan expandable storage? Jika anda nak guna 1 sim card sahaja, anda ada extra slot untuk masukkan micro SD card. Jika anda nak guna 2 sim card pun tiada masalah sebab ia menggunakan dual hybrid sim slot jadi dua-dua sim card dan micro SD card boleh digunakan pada slot yang sama.

PERFORMANCE

Dari segi performnace pula untuk kegunaan harian memang kami sangat berpuas hati dengan smartphone ni, begitu juga performance untuk kegunaan gaming. Tapi anda jangan expect performance model terlampau power. Tapi secara keseluruhan kami berpuas hati dengan performance yang diberikan dengan harga yang ditawarkan. Dari segi suhu, smartphone ni sedikit panas tapi tidak melampau sangat.

BATERI

Untuk bateri pula, model smartphone ini menggunakan bateri berkapasiti 5000mAh digabungkan pula dengan 30 watt dart charge yang mana anda hanya memerlukan 65 minit sahaja untuk cas smartphone ini dari 0% sehingga penuh 100%.

KESIMPULAN

Jadi apa yang menarik sangat dengan Realme 7 5G ni? Spek smartphone ni agak solid tapi apa yang baru? Jika anda perasan nama model ni sendiri ada 5G walaupun di Malaysia kita belum pasti bila boleh guna 5G. Dengan harga yang ditawarkan RM1299, kamera yang okay, display 120Hz, bateri 5000mAh dengan 30 watt fast charging, chipset yang agak power dan akhir sekali model ni ada 5G. Point penting di sini, masih ada sesetengah model yang 4G lebih mahal dari model Realme 7 5G ni. Tapi ia juga bergantung pada penggunaan anda dan apa yang anda nak pada sebuah smartphone. Tapi pada kami smartphone Realme 7 5G ni berbaloi untuk dimiliki pada masa akan datang dengan harga yang ditawarkan.

monalizavlog

View all posts

Add comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *