Anda suka dengar muzik? Dan dalam masa yang sama anda juga suka main game? Agak-agak ada tak earphone yang sesuai untuk kedua-dua kegunaan tu? Kalau ada mesti lebih jimat dan mudah kan, tak perlu beli sampai 2 jenis earphone. Jadi kali ini kami akan kongsikan dengan anda 1 model earphone yang berharga RM49 sahaja tetapi sesuai untuk main game seperti PUBG Mobile dan juga sesuai untuk anda dengar muzik. Jom !
MODEL
Model yang dimaksudkan adalah dari jenama Sades iaitu model Wings 10 yang berharga RM49 sahaja. Bagi kami harga yang ditawarkan berpatutan dengan kualiti dan fungsi yang ditawarkan. Mungkin ada di antara anda yang kata boleh dapat earphone gaming yang lebih murah dari harga tu di pasaran sekarang tetapi fungsinya adalah terhad berbanding model earphone dari Sades ni.
SPESIFIKASI
Model earphone ini datang dengan 2 pilihan warna iaitu warna hitam dan warna pink. Earphone gaming tetapi warna pink ni bagi kami agak unik dan mereka semestinya mensasarkan earphone warna pink ini kepada para gamer wanita di luar sana. Tapi jika anda gamer lelaki nak guna earphone warna pink ni pun tiada masalah, nice juga !
Untuk design pula walaupun earphone ini adalah earphone gaming tapi ia tiada ciri-ciri gaming sangat, design earphone ni lebih clean. Material yang digunakan adalah campuran plastik dan besi dengan berat 15 gram sahaja. Earphone ini merupakan jenis In-Ear Earphone yang mana sesetengah daripada anda mungkin tak berapa suka jenis earphone macam ni tapi bagi kami earphone jenis ini sangat selesa sebenarnya dan ianya lebih selamat tanpa ada masalah mudah tercabut atau terkeluar dari telinga anda.
Di bahagian belakang setiap earphone terdapat logo dan magnet yang mana anda boleh jadikan ia sebagai penyambung dan sangkut earphone di leher anda. Kabel bahagian atas earphone ini sedikit nipis di bandingkan dengan model lain dengan bahagian kabel sebelah kanan terdapat 1 mikrofon dengan butang jenis clicky. Earphone Sades Wings 10 ini datang sekali dengan hard case yang berkualiti untuk anda simpan earphone anda jika anda tidak mahu menggunakannya.
KUALITI AUDIO
Untuk dengar muzik, sound profile earphone ini sangat balance seperti yang mereka claim. Dari segi bass pula memang okay, tak over sangat. Secara keseluruhan earphone ni memang okay untuk anda dengar muzik. Dari segi gaming pula lagi best sebenarnya. Jika anda guna earphone ni semasa main PUBG atau CSGO anda boleh dengar dengan jelas setiap footstep dan gunshoot datang dari arah yang mana.
KUALITI MIKROFON
Pihak Sades ada claim yang earphone ni ada noise cancellation tapi melalui test yang kami buat ia tetap ada noise tetapi sangat minimal. Tapi jika anda guna mikrofon ni semasa main game, suara anda dapat didengari dengan sangat jelas dan kuat.
KESIMPULAN
Jadi dengan harga RM49 anda rasa berbaloi tak nak beli earphone dengan 2 fungsi ni? Bagi kami earphone ni berbaloi untuk anda miliki. Design dia sangat cantik dan sangat sesuai untuk anda dengar lagu mahupun untuk bermain game.
Add comment