Pada artikel kali ini Kak Mona ingin berkongsi tentang mouse gaming yang harganya tidak melebihi RM200 pun tetapi ia memberi kepuasan sama seperti mouse bangsawan yang lain iaitu Razer, Republic Of Gamer dan lain-lain. Mouse apa tu Kak Mona? Haaa ini Kak Mona ingin kongsikan 3 mouse dari Tecware yang dijamin anda akan berpuas hati jika membelinya. Jom !

1)Tecware Impulse Pro Gaming Mouse

Gaming mouse pertama dari Tecware yang ingin Kak Mona ingin kongsikan ini datang dengan hiasan lampu 16.8 juta RGB Lighting Color yang agak menyerlah dan menarik perhatian sesuai dengan kemahuan para-para gamer di luar sana yang inginkan mouse RGB dengan harga yang berpatutan. Apa yang menariknya RGB Lighting Color pada mouse ini boleh diubah mengikut kesesuaian diri anda dan mempunyai 11 effect color. Selain itu, ia mempunyai reka bentuk In Mould – Sides Grip yang bermaksud anda berupaya memegang mouse secara keseluruhan dengan selesa. Saiz mouse ini sederhana iaitu tidaklah terlalu besar dan tidak pula terlalu kecil. Ia mempunyai Programmable ButtonHUANO Switch  dan Dpi Rate pula boleh ditukar dari 400, 800, 1600, 3200, 5000 sehingga 12000 DPI. Yang lagi menariknya Lifespan Switch mouse ini mampu bertahan sehingga 20 juta click. Harganya berapa Kak Mona? Nampak macam mahal je?Tak la mana ada mahal. Harganya hanyalah RM119 sahaja. Murah bukan?

2) Tecware Vector Pro Gaming Mouse

Mouse kedua yang ingin Kak Mona kongsikan ini seperti yang kita dapat lihat ia merupakan mouse yang dibina dalam reka bentuk ergonomic dan tersangatlah elegan. Ia juga deselitkan dengan RGB Lighting Color dan mempunyai 11 color effect. Mouse ini juga mempunyai modular side grip yang mana agak lebar di bahagian sisi dan sangat selesa untuk dipegang. Selain itu, mouse ini datang dengan 7 Programmable Button serta DPI Button pula boleh disetkan Sehingga 5000 dpi dengan rate 400, 800, 1600, 3200 dan 5000. Ia menggunakan Omron Switch yang mempunyai 20 Million Switch Lifespan. Harga? Ianya juga berharga dengan RM 119, sama seperti gaming mouse yang pertama tadi.

3) Tecware Torque Pro Gaming

Mouse ketiga yang ingin Kak Mona kongsikan adalah mouse yang mempunyai reka bentuk yang sama seperti Tecware Impulse Pro Gaming Mouse iaitu In Mould – Sides Grip. Apa yang membezakan antara dua mouse ini ialah RGB Lighting nya hanyalah terletak pada base mouse sahaja dan mempunyai 8 Programmable Button. Apa yang menariknya lagi pada mouse ini anda boleh menukar dpi rate mouse ini dengan mudah hanya menggunakan Button DPI UP dan DPI DOWN yang berada di bahagian skroll. Ia juga menggunakan HUANO Switch dan mempunyai 20 Million Click LifeSpan. DPI rate nya pula boleh diubah kadar rate dari 400, 800, 1600, 3200, 5000 sehingga 1200 DPI. Harga? Jangan risau ianya hanyalah RM119 juga.

Bagaimana? Sudahkah anda memilih mouse gaming untuk melengkapkan peralatan gaming anda dirumah? Jika belum, Kak Mona syorkan anda segera dapatkan gaming mouse di atas untuk melengkapkan kekosongan itu. Semoga berjumpa di artikel yang seterusnya.

monalizavlog

View all posts

Add comment

Your email address will not be published.