Adakah anda peminat setia RGB?
Kalau ye, anda wajib baca artikel ini sampai habis !
Kerana kali ini kami akan review salah satu barangan RGB iaitu Tecware Haste XL RGB Gaming Mousepad.

Kenapa anda perlu miliki Tecware Haste XL RGB Gaming Mousepad?

1) Saiz

Dari segi ukuran, Tecware Haste Gaming Mousepad ini bersaiz XL yang mana panjangnya 800 mm dan lebar 300 mm. Dari segi ketebalan, gaming mousepad ini hanya setebal 3mm.

2) Design 

Di sekeliling mousepad ini terdapat RGB LED yang dijahit dengan sisi kain mousepad. Jika diperhati, jahitan di sekeliling Tecware Haste Gaming Mousepad ini ternyata kemas dan teratur. Permukaan mousepad ini diperbuat daripada fabrik yang licin dan kalis air. Jadi anda tiada masalah untuk membersihkan mousepad ini.

3) Controller

Controller untuk Tecware Haste Gaming Mousepad ini ada terletak di bahagian atas sebelah kiri. Terdapat satu butang pada controller yang berfungsi untuk mengawal effect LED pada gaming mousepad ini.

4) Effect LED

Effect LED untuk Tecware Haste Gaming Mousepad ini terdapat dalam warna spectrum, merah, hijau, biru, purple, turquoise, kuning, putih, breathing light dan random. Kesan RGB untuk Tecware Haste Gaming Mousepad ini memang tidak mengecewakan yang mana terbukti lawa dan terbaik !

5) Keselesaan

Sebagai gamer sejati, keselesaan amat penting dan sentiasa diutamakan. Permukaan Tecware Haste Gaming Mousepad yang licin sangat membantu anda yang mengutamakan kelajuan dalam setiap permainan.

6) Harga

Tecware Haste Gaming Mousepad boleh dimiliki pada harga RM89 sahaja. Berdasarkan specs yang diulas di atas serta harga yang ditawarkan, ternyata Tecware Haste Gaming Mousepad ini sangat berbaloi untuk dimiliki oleh para gamers.

Macam mana?
Tergoda tak dengan Tecware Haste XL RGB Gaming Mousepad ni?

monalizavlog

View all posts

Add comment

Your email address will not be published.