Jika sebelum ini kita pernah berbicara lanjut tentang Tecware Haste Gaming Mousepad.
Kali ini kita akan mengulas satu lagi barangan Tecware iaitu TECWARE PHANTOM ELITE yang merupakan sebuah keyboard.

Apa yang hebatnya Tecware Phantom Elite Keyboard ni ye?

1) Design dan Spesifikasi 

Dari segi design, Tecware Phantom Elite Keyboard ini lebih kurang sama sahaja dengan Tecware Phantom RGB. Bahagian belakang (Back Plate) Tecware Phantom Elite Keyboard ini diperbuat daripada alloy dengan kemasan gunmetal finishing. Jadi binaan keyboard ini sangat solid ditambah dengan papan FR-4 Fibreglass PCB yang terbukti sangat tahan lasak. Untuk setiap switch terdapat stabilizer yang sangat stabil pada kiri dan kanan. Ini untuk mengelakkan kit kat besar seperti Enter key dan Spacebar key dari bergoyang.

2) LED

Tecware sangat menitikberatkan LED yang digunakan. Tecware Phantom Elite Keyboard ini menggunakan SMD LED yang mana tahan lama serta mampu menghasilkan warna dengan sangat tepat. Effect LED semulajadi (Default) pada keyboard ini ada 18 dengan 5 level kecerahan warna dan 5 level speed. Warna LED dari Tecware memang terbaik dan tidak mengecewakan dengan jumlah 16.8 juta warna serta perubahan effect LED sangat smooth dan lancar seolah-olah 60Fps.

3) Keycaps

Tecware Phantom Elite Keyboard ini menggunakan ABS Keycap Double-shot yang mana tulisan di atasnya tidak akan pudar dan boleh digunakan untuk jangka masa yang agak lama. Selain itu, tulisan di atas keycap menggunakan jenis see through yang bila mana jika anda menggunakan keyboard ini pada waktu malam atau pada keadaan suasana yang agak gelap sekalipun anda tetap dapat melihat dengan jelas key apa yang anda tekan. Ditambah pula kedudukan keypad pada keyboard agak floating, jadi anda dapat melihat dengan jelas effect LED.

4) Software

Dari segi software pula, anda boleh mengawal Tecware Phantom Elite Keyboard ini sepenuhnya dengan menggunakan software Phantom Elite. Interface software Phantom Elite ini sangat bersih yang mana sangat senang untuk digunakan.

5) Keselesaan

Bila anda menaip menggunakan Tecware Phantom Elite Keyboard ini, anda dapat rasakan lekukan mechanical di dalamnya serta bunyinya agak kuat. Tecware Phantom Elite Keyboard ini didatangkan dengan modular switch jadi anda mempunyai pilihan untuk menukar warna switch mengikut kesukaan anda.

Macam mana? Anda berminat untuk miliki Tecware Phantom Elite Keyboard ini?
Anda boleh dapatkan di Monaliza sementara stok masih ada.

monalizavlog

View all posts

Add comment

Your email address will not be published.