Sebelum anda ingin melabur wang anda untuk membeli sesuatu barangan, sudah tentu anda akan mengkaji sedikit sebanyak ciri-ciri serta kelebihan produk tersebut.

Jadi kali ini kami akan menambahkan lagi keyakinan anda untuk membeli Asus ROG Phone ini dengan mengemukakan 8 HUJAH kenapa anda WAJIB beli Asus ROG Phone ini !

1) Processor Terkini (High Performance) 

Asus ROG Phone menggunakan processor Snapdragon 845 yang mana antara processor yang terkini dan sangat sesuai untuk gaming.  Selain itu, Asus ROG Phone ini juga boleh mencapai CPU clockspeed sehingga 2.96GHz!

2) Teknologi Skrin AMOLED

Dari segi penggunaan skrin, Asus ROG Phone telah memilih untuk menggunakan teknologi skrin AMOLED dengan 1ms response time untuk disuai padankan dengan processor yang power tadi. Jadi anda mampu melihat dengan jelas kehebatan Asus ROG Phone menerusi skrin AMOLED ini. Selain itu, Asus ROG Phone juga menjanjikan responce time yang paling cepat iaitu 90HZ yang mana sangat sesuai untuk anda peminat game seperti PUBG.

3) Sistem Penyejukan (Cooling System)

Sistem penyejukan yang diperkenalkan di dalam Asus ROG Phone ini dikenali sebagai GAMECOOL. Selain itu, Asus juga memberi secara PERCUMA penyejukan (cooler) tambahan iaitu Aero Active Cooler yang mana boleh dipasangkan di belakang Asus ROG Phone bila diperlukan.

4) Butang Tambahan (Butang Air Trigger)

Dengan menterbalikkan Asus ROG Phone ke mod landscape, anda boleh mengakses butang-butang trigger yang sedia terdapat di sisi kiri chassis. Jika kebiasaan anda bermain game hanya 2 sahaja jari yang aktif, tapi dengan Asus ROG Phone anda boleh mengawal permainan anda dengan menggunakan 4 jari.

5) Sistem Bunyi (Sound System) yang Padu

Asus ROG Phone dilengkapi dengan 2 stereo speaker yang dipasang di bahagian hadapan sebelah kanan dan kiri. Jadi anda dapat mengenalpasti dengan jelas bunyi kuat yang terhasil sama ada dari sebelah kanan atau kiri.

6) Reka Bentuk Tahan Lasak

Yang mana sesuai untuk gaming, bahagian hadapan dan belakang Asus ROG Phone diperbuat daripada Gorilla Glass yang pasti tahan lasak, kukuh dan terlihat solid!

7) Bateri Berkapasiti Besar

Asus ROG Phone didatangkan dengan bateri berkapasiti besar iaitu 4,000mAh untuk memastikan anda dapat bermain game dengan lebih lama dan puas hati. 4,000mAh dapat bertahan sehingga 7 jam!

8) Reka Bentuk Unik

Reka bentuk Asus ROG Phone boleh dikatakan berbeza dari smartphone yang lain. Asus mencipta bentuknya sendiri dan tidak terikut dengan smartphone yang sedia ada di pasaran. Bahagian hadapan diserikan dengan 2 speaker berwarna oren menambahkan lagi aura gaming pada Asus ROG Phone ini. Di bahagian belakang terdapat logo yang menyala dengan warna RGB.

Jadi macam mana?

Semakin tak sabar ke nak sambar Asus ROG Phone ni?

Semoga dengan perkongsian kali ini dapat membantu anda yang tengah berkira-kira nak dapatkan Asus ROG Phone !

monalizavlog

View all posts

Add comment

Your email address will not be published.