Untuk anda yang sedang mencari printer sama ada untuk kegunaan di rumah mahupun untuk pejabat anda boleh usha model-model yang ada promosi ini bermula dari 1 Februari sehingga 3 Februari 2024.
Model-model ini antara yang laku keras di Monaliza dan sentiasa dicari-cari oleh rata-rata pelanggan kami.
Printer InkTank
1) Canon Pixma InkTank G2010 AIO Printer
Anda boleh dapatkan printer ini dengan harga promosi RM469 dan anda juga akan dapat percuma 100 helai kertas A4.
Printer Canon G2010 ini sangat berbaloi untuk kegunaan heavy di pejabat kerana harga dakwat botolnya yang sangat berpatutan sekitar RM32 sahaja sebotol dan mampu mencetak sehingga 7,000 helai.
Dilengkapi fungsi Print, Scan dan Copy serta mampu mencetak warna hitam selaju 8.8ipm manakala 5ipm untuk cetakan berwarna.
Anda juga boleh memanfaatkan fungsi cetakan tanpa bingkai yang mampu menjimatkan kertas di samping memperolehi kualiti cetakan gambar yang cantik dan kemas.
Selain itu model ini juga mempunyai paparan skrin 1.2" bagi memudahkan kerja-kerja cetakan harian anda.
Cuma Canon G2010 ini tidak menyokong sambungan wireless sebaliknya menggunakan sambungan USB 2.0 yang berkelajuan tinggi.
Nikmati tempoh waranti yang panjang sehingga 2 Tahun atau 20,000 helai cetakan.
2) Epson InkTank L3250 AIO Wireless Printer
Model kedua ini pula dengan harga RM570 dan percuma 100 helai kertas A4.
Dilengkapi fungsi Print, Scan, Copy dan mempunyai sambungan wireless dengan kelajuan sehingga 10ipm untuk warna hitam dan 5ipm untuk cetakan berwarna.
Epson L3250 ini juga menyokong cetakan tanpa bingkai dengan waranti selama 2 Tahun atau 30,000 helai cetakan.
Harga dakwat botol untuk printer ini lebih murah sekitar RM25 sahaja sebotol dan mampu mencetak sehingga 7,500 helai cetakan berwarna dan 4,500 helai cetakan hitam putih.
3) HP Smart Tank 580 AIO Wireless Printer
Model ketiga ini juga mempunyai sambungan wireless dengan harga RM499 dan percuma 100 helai kertas A4.
Fungsi-fungsi lain seperti Print, Scan dan Copy dengan kelajuan mencetak untuk hitam sehingga 12ppm dan 5ppm untuk cetakan berwarna.
Harga dakwat botol untuk printer HP 580 ni sekitar RM30 - RM34 dan mampu mencetak sehingga 6,000 helai.
Tempoh waranti juga sama dengan 2 model di atas tadi iaitu selama 2 Tahun.
Printer Cartridge
1) Canon Pixma E410
Printer Canon E410 ini adalah yang paling murah, sesuai untuk kegunaan di rumah serta untuk para pelajar bawa ke kolej.
Saiznya sangat compact dan menjimatkan ruang serta ringan, mudah dibawa ke mana-mana.
Dapatkan printer ini dengan harga promosi RM149 dan anda akan dapat percuma 1 set kertas glossy.
Printer ini dilengkapi fungsi Print, Scan dan Copy dengan kelajuan mencetak untuk hitam sehingga 8ipm dan 4ipm untuk cetakan berwarna.
Harga dakwat printer ini RM38 untuk hitam dan mampu mencetak sehingga 400 helai, manakala dakwat warna saiz kecil RM52 (cetakan 180 helai) dan saiz besar RM78 (cetakan 300 helai).
2) Canon Pixma Inkjet E470 AIO Wireless Printer
Model Canon E470 ini sama dengan model Canon E410 tadi dari segi reka bentuk, fungsi, kelajuan cetakan dan model dakwat yang digunakan.
Cuma model ini mempunyai sambungan wireless, lebih mudah untuk anda cetak dari telefon, tablet dan lain-lain peralatan elektronik anda.
Kedua-dua model Canon ini datang dengan waranti yang panjang iaitu selama 3 Tahun.
Anda boleh dapatkan Canon E470 ini dengan harga RM189 sahaja dan dapat percuma 1 set kertas glossy.
3) HP Deskjet Ink Advantage 2875 AIO Wireless Printer
Printer ketiga ini juga datang dengan sambungan wireless, berharga RM245 dan percuma 1 set kertas glossy.
Fungsi lain sama dengan 2 model di atas cuma kelajuan cetakan untuk hitam 7.5ppm dan 5.5ppm untuk cetakan berwarna.
Waranti model HP ini juga panjang iaitu untuk 3 Tahun.
Printer HP 2875 ini menggunakan dakwat model HP 682 dengan harga RM39 untuk setiap warna.
Printer Laserjet
1) HP Mono Laserjet 107W Printer
Ini adalah printer laserjet yang paling murah dengan harga RM399 dan dapat percuma 1 rim kertas A4.
Tapi printer ini hanya ada fungsi Print sahaja yang menyokong kelajuan cetakan sehingga 20ppm.
Saiznya yang kecil, menjimatkan ruang dan mempunyai sambungan wireless direct yang sangat memudahkan kerja-kerja cetakan dari mana-mana telefon, laptop mahupun Pc di pejabat anda.
Namun printer ini hanya menyokong cetakan secara mono iaitu cetakan hitam putih sahaja dengan harga tonernya sekitar RM209 dan mampu mencetak sehingga 1,000 helai.
Waranti yang diberikan sangat lama iaitu untuk 3 Tahun.
2) Canon Laser AIO Mono MF3010 Printer
Printer laserjet kedua ini pula dilengkapi fungsi Print, Scan dan Copy dengan kelajuan mencetak sehingga 18ppm.
Sama seperti model pertama tadi, ia juga hanya menyokong cetakan secara mono dan sambungan pula berwayar USB 2.0 yang berkelajuan tinggi.
Harga toner untuk printer ini sekitar RM284 dan mampu membuat cetakan sehingga 1,600 helai.
Anda boleh dapatkan printer ini pada harga RM689 dan dapat percuma 1 rim kertas A4 dengan waranti selama 1 Tahun.
3) Brother Mono Laser MFC-L2715DW AIO With Fax
Printer laserjet mono terakhir ini pula mempunyai fungsi Print, Scan, Copy dan juga Faks dengan kelajuan mencetak sehingga 34ppm serta boleh disambung secara berwayar mahupun secara wireless direct.
Selain itu printer ini juga mempunyai fungsi duplex printing yang membolehkan anda mencetak depan dan belakang serta fungsi Auto Document Feeder (ADF) yang mampu memuatkan sehingga 50 helai kertas.
Harga toner yang asli untuk printer ini sekitar RM157 dan mampu membuat cetakan sehingga 1,200 helai.
Dengan waranti yang panjang selama 3 Tahun, anda boleh dapatkan printer ini pada harga RM899 dan dapatkan percuma 1 rim kertas A4.
Selain tawaran istimewa untuk printer, kami juga ada selitkan freegift untuk anda yang membuat pembelian 1 set dakwat untuk printer inktank atau cartridge serta pembelian toner untuk printer laserjet.
Jadi jangan lupa dapatkan printer, dakwat atau toner di mana-mana cawangan Monaliza atau di mana-mana platform atas talian kami pada 1, 2 dan 3 Februari 2024!
Add comment