Untuk anda yang suka melancong atau yang selalu keluar outstation, beg bagasi 2 dalam 1 sekali skuter ni memang amat sesuai untuk anda.
Kenapa anda kena dapatkan beg bagasi dari Airwheel ni? Jom kami kongsikan kelebihannya!

1) Saiz Yang Compact

Untuk memudahkan perjalanan anda semasa melancong, semestinya anda menginginkan satu beg bagasi yang kecil, mudah dibawa tapi dalam masa yang sama perlukan ruang yang luas untuk menyimpan banyak barang.
Dengan saiz 550 x 360 x 240mm, beg bagasi Airwheel SE3 ini adalah pilihan terbaik untuk anda.
Saiznya yang kecil menepati piawaian dan boleh dibawa naik bersama untuk disimpan di ruangan atas tempat duduk penumpang di dalam kapal terbang. 

Bagasi

Luarannya memang sangat compact tapi ruang dalaman sangat besar dengan kapasiti sehingga 26L dan maksimum berat yang boleh ditampung 110kg.
Di bahagian dalam beg bagasi ini juga mempunyai beberapa ruang pemisah untuk memudahkan anda mengasing setiap jenis barangan yang akan anda bawa bersama supaya tidak bercampur dan mudah untuk dicari. 

2) Kualiti Terbaik

Beg bagasi ini diperbuat daripada gabungan PC yang diimport dari German dan Chi Mei ABS dari Taiwan yang mana ianya kalis air, tahan calar dan tidak mudah rosak.
Manakala untuk bahagian tayar pula ia diperbuat daripada TPU yang tahan haus, anti-gelincir dan mampu menyerap hentakan dengan baik.
Tambahan lagi saiz tayar yang digunakan juga lebih besar iaitu 5" untuk pergerakan yang lebih selesa dan mampu menampung pelbagai jenis berat.
Untuk memastikan keselamatan beg bagasi anda ini terjamin, anda boleh menetapkan sendiri kombinasi kunci yang anda ingin gunakan.

3) Mudah Digunakan

Bagasi

Beg bagasi ini datang dengan 3 pilihan warna iaitu warna hitam, perak dan merah jambu.
Reka bentuknya sangat ringkas tapi tetap nampak bergaya dan inovatif.
Digabungkan pula dengan pedal yang selesa untuk ditunggang serta kuat menghadapi kesan rintangan.
Dengan hanya menekan satu butang sahaja beg bagasi ini akan meregang dan mengeluarkan pemegang teleskopik bagi membentuk seperti sebuah skuter yang boleh ditunggang dengan kelajuan sehingga 13km/h. 

4) Fungsi Bateri

Bagasi

Selain dilengkapi fungsi skuter, beg bagasi ini juga datang sekali bateri lithium yang boleh ditanggalkan dengan mudah.
Bateri berkapasiti 73.26Wh yang diimport dari Jepun ini memenuhi piawaian keselamatan yang ditetapkan oleh syarikat-syarikat penerbangan serta kehadiran bateri ini juga dapat memudahkan keseluruhan perjalanan melancong anda. 
Anda boleh menggunakan bateri ini untuk mengecas telefon, tablet, pemain MP3 atau MP4 dan banyak lagi peralatan elektronik yang lain. 

6) Kawal Melalui Aplikasi

Bagasi

Dengan hanya memuat turun aplikasi yang disediakan, anda boleh mengawal beg bagasi anda ini dari jauh dengan mudah melalui telefon anda.
Melalui aplikasi anda boleh mengawal kecerahan lampu yang ada pada beg bagasi, boleh mengawal kelajuan skuter untuk lebih selamat serta boleh mengaktifkan mode anti-hilang.

Jadi kenapa anda kena beli beg bagasi dari Airwheel ini?
Semestinya kerana ia mempunyai multi fungsi, bukan sahaja boleh digunakan sebagai beg pakaian tapi berfungsi juga sebagai skuter, tempat duduk mudah alih, kereta mainan dan sebagai pengangkutan untuk jarak dekat.

monalizavlog

View all posts

Add comment

Your email address will not be published.