Bermula 25 Januari sehingga 27 Januari 2024, Monaliza mengadakan promosi istimewa untuk semua pelanggan setia Monaliza.
Promosi ini akan berlangsung serentak di semua cawangan Monaliza dan untuk pelanggan yang berada jauh di luar Kelantan boleh membuat pembelian di platform Shopee atau Website Monaliza.

Untuk anda yang mencari laptop, printer dan juga monitor, ini adalah masa yang paling sesuai untuk anda beli.
Dapatkan laptop serendah RM1,599, printer untuk kegunaan di rumah dengan harga RM189 dan monitor untuk kegunaan harian bermula dari RM325. 

Untuk aksesori pula yang wajib anda dapatkan pada promosi kali ini adalah keyboard gaming, headset gaming dan juga pendrive.
Harga memang murah kaw-kaw kami bagi untuk anda.
Keyboard gaming mechanical model GD100 adalah model yang paling laku keras di Monaliza.
Untuk pertama kalinya kami bagi harga promosi hanya RM127 sahaja untuk anda.
Kualiti terbaik, memang sedap ditekan dan amat sesuai untuk sebarang permainan.

Bertambah syok bila anda padankan keyboard tadi dengan headset gaming wireless dari Fantech model Tamago tu.
Datang dengan 2 pilihan warna, reka bentuk yang simple tapi selesa, sesuai untuk penggunaan jangka masa panjang serta kualiti bunyi yang sangat mantap. 
Atau untuk anda yang mencari headset bajet untuk kegunaan harian, untuk dengar lagu sambil buat kerja boleh dapatkan model paling murah tu hanya RM14. 

Untuk para pelajar yang mencari pendrive untuk simpan assignment, kami ada model Dahua berkapasiti 64GB dengan harga tersangat murah iaitu juga RM14.
Reka bentuk yang unik dan terkini serta mempunyai lubang membolehkan anda menggantung pendrive ini pada keychain atau beg anda.
Nak kapasiti yang lebih besar pun kami ada, model dari Kingston hadir dengan kapasiti sehingga 256GB.

Mouse wireless paling murah pula hanya RM16, buat kerja lebih pantas dan tak perlu serabut dengan wayar.
Model gaming pun ada semurah RM44 sahaja.
Main game lebih syok dengan adanya joystick, harga mampu milik bermula dari RM20 untuk sambungan berwayar.
Kalau anda lebih suka yang wireless pun ada, harga masih lagi mampu milik hanya RM33.
Elakkan keyboard anda mudah bergerak, boleh dapatkan mousepad gaming saiz super besar diperbuat daripada material berkualiti tinggi dan tahan lasak. 

Untuk pemilik laptop pula jangan lupa dapatkan cooler serendah RM16 sahaja dan nikmati muzik pilihan anda dengan speaker semurah RM10.
Nak lagi lawa boleh grab cooler dan speaker yang dilengkapi lampu RGB yang cun.
Yang suka dengar lagu boleh dapatkan earbuds super selesa dengan harga bajet, model Dmes De7 berharga RM80.

Ingat tau, promo kali ini untuk 3 Hari sahaja.
Jangan tunggu saat akhir, yang berdekatan anda kena datang sekarang ke mana-mana cawangan Monaliza.
Yang berada jauh boleh terus buat pembelian di Shopee atau Website Monaliza.

monalizavlog

View all posts

Add comment

Your email address will not be published.