Di zaman serba model sekarang ni semuanya sudah menjadi mudah.

Jika dulu anda kena bawa setiap satu pengecas bagi setiap peralatan elektronik yang anda miliki, tapi sekarang dengan hanya 1 powerbank sahaja untuk anda cas kesemua peralatan tersebut termasuklah untuk cas laptop sekali.
Jadi di bawah adalah 3 model powerbank yang boleh anda dapatkan di pasaran yang mampu untuk cas laptop anda tanpa perlu lagi anda membawa adapter laptop, jom cek! 

1) Pineng PN-877 Powerbank 

Powerbank

Model pertama ini berkapasiti 20,000mAh, menyokong pengecasan pantas dan mempunyai 65 watt mampu untuk mengecas laptop.
Powerbank ini datang sekali kabel (untuk iPhone dan Type-C) yang melekat pada badan powerbank, jadi anda tidak perlu risau tertinggal atau masalah hilang kabel lagi.
Ia datang dengan saiz 148 x 69 x 34 mm dengan berat hanya 450 g mudah untuk anda anda bawa bersama pergi melancong mahupun outstation
Jika anda berminat dengan powerbank Pineng PN-877 ini, anda boleh dapatkannya di sini dengan harga RM135.

2) Pineng PN-878 Powerbank

Powerbank

Kapasiti model kedua ini pula sedikit besar iaitu 30,000mAh tapi masih lagi menyokong pengecasan pantas dengan 65 watt mampu untuk mengecas laptop.
1 lagi perbezaanya dari model pertama tadi adalah ianya tidak datang sekali kabel yang melekat di badan powerbank.  
Untuk input ia mempunyai port untuk iPhone, Type-C dan Micro manakala untuk output pula ada port Type-C dan 2 port USB.
Dari segi saiz ia berdimensi 152  76 x 42 mm dengan berat sekitar 675 g yang mana masih lagi sesuai untuk anda bawa bersama bagi mengecas segala peralatan elektronik anda termasuk laptop. 
Dengan kapasiti 30,000mAh ini anda boleh cas telefon 5,000mAh lebih dari 3 kali.
Harga model kedua ini anda boleh dapat di pasaran dengan harga sekitar RM149.

3) Awei P171K Polymer Powerbank

Jika 2 model di atas tadi dari jenama Pineng, model ketiga ini pula dari jenama yang mungkin masih ramai belum pernah dengar iaitu jenama Awei.
Jenama ini sebenarnya agak bagus kualitinya, setanding dengan harga yang ditawarkan.
Model 65 watt yang mampu untuk mengecas laptop ini datang dengan kapasiti paling besar berbanding 2 model Pineng tadi iaitu 60,000mAh.

Powerbank

Bahagian luar powerbank ini disaluti silicon untuk menyerap hentakan sekiranya terjatuh.
Ia juga mempunyai paparan digital dan menyokong pengecasan pantas untuk mengelakkan anda menunggu terlalu lama.
Untuk input ia mempunyai port USB dan Type-C manakala untuk output pula port USB-A dan Type-C.
Disebabkan kapasitinya yang besar maka powerbank Awei ini sedikit berat lebih kurang 1,331 g dengan harga pula sekitar RM249.
Jika anda berminat untuk dapatkan powerbank super besar dan mampu untuk mengecas laptop ini, anda boleh dapatkan di sini

Jadi jika anda inginkan 1 produk sahaja untuk mengecas pelbagai jenis peralatan elektronik anda, anda boleh dapatkan model-model powerbank di atas.
Bukan sahaja ianya mudah untuk digunakan, malah harganya juga masih dalam kategori berpatutan sesuai dengan penggunaannya. 

monalizavlog

View all posts

Add comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *