Dah naik taraf pakej internet pun tetap WiFi rumah atau pejabat anda masih lagi perlahan?
Apa kata sebelum anda naik taraf pakej internet tu anda naik taraf dulu perkakas network yang anda tengah guna sekarang.
Jom kami bantu anda senaraikan peranti apa yang bagus untuk WiFi anda!

1) Router 

Sebelum itu apa sebenarnya fungsi router ini?
Secara mudah router bertindak sebagai pemancar yang akan menghantar WiFi dan mengurus keluar masuk data.
Untuk kegunaan sekarang sebelum anda membeli router baru, anda kena pastikan router tersebut mempunyai 3 ciri penting ini.

KuatkanWiFi

Yang pertama router tersebut mestilah dilengkapi dengan ciri WiFi 6.
Yang kedua ia juga mesti mempunyai High-Gain Antenna (HGA) untuk anda mendapatkan isyarat WiFi yang kuat dan liputan yang luas.
Dan yang terakhir pastikan ia menggunakan chipset yang mantap seperti contoh Snapdragon.
Cuma ciri ketiga ini agak susah sikit untuk dikenalpasti kerana tidak semua jenama ada nyatakan chipset yang digunakan.
Router yang datang dengan fungsi WiFi 6 dan High Gain Antenna tadi anda boleh dapatkan di pasaran sekarang dengan harga bawah RM200. 

2) WiFi Receiver

Jika WiFi tadi sudah dihantar oleh router, mesti kena ada pula penerimanya iaitu dikenali sebagai WiFi receiver.
Di pasaran terdapat 2 jenis WiFi receiver iaitu yang external dan juga yang internal.
Jenis external biasanya anda akan jumpa seperti bentuk dan saiz pendrive atau broadband dengan sambungannya jenis USB. 

KuatkanWiFi

Sama juga seperti router tadi pastikan anda pilih USB WiFi receiver yang sudah pun dilengkapi dengan WiFi 6.
Meskipun laptop atau Pc anda tu menggunakan versi WiFi yang lama, anda tak perlu risau kerana dengan USB WiFi receiver versi WiFi 6 tadi anda tetap boleh menikmati sambungan WiFi yang laju.
Harga bagi USB WiFi receiver yang menyokong WiFi 6 ni anda boleh dapat di pasaran dengan harga sekitar RM100 macam tu.

Untuk jenis internal pula harga lebih kurang sama dengan USB tadi cumanya anda kena pasang pada Pc atau laptop anda.
Untuk laptop anda kena pastikan saiz internal WiFi receiver yang anda beli tu berpadanan dengan jenis laptop anda.
Bagi anda yang nak mudah dan cepat, kami sarankan anda beli model external tadi kerana ianya hanya perlu plug and play sahaja.

3) HomePlug

2 peranti di atas tadi adalah untuk kuatkan WiFi manakala peranti ketiga dan seterusnya nanti adalah untuk luaskan liputan WiFi.
Terdapat 2 cara untuk anda luaskan liputan sama ada menggunakan wayar atau secara wireless.
Selain anda luaskan liputan dengan cara penggunaan kabel LAN, anda juga boleh gunakan fungsi HomePlug ini.

KuatkanWiFi

HomePlug adalah solusi untuk rumah, pejabat atau ruang yang besar dan anda tak nak guna sambungan secara wireless.
Kabel LAN dari router perlu disambungkan ke induk HomePlug yang dipasang berhampiran router.
Seterusnya anda boleh pasang beberapa HomePlug lagi bergantung keluasan ruang anda untuk menikmati sambungan internet melalui kabel LAN. 

4) WiFi Repeater

WiFi repeater, WiFi range extender dan access point adalah 3 perkara yang berbeza.
Untuk WiFi range extender dan access point, kedua-duanya masih lagi menggunakan kabel LAN untuk meluaskan liputan dan ianya agak kurang menarik berbanding dengan WiFi repeater.
WiFi repeater pula adalah solusi untuk anda yang ingin menikmati sambungan WiFi tanpa sebarang kabel.

KuatkanWiFi

WiFi repeater seperti namanya apabila ia menerima WiFi ia akan biaskan WiFi tersebut ke sekelilingnya.
Cuma liputan dari WiFi repeater ni tidak terlalu besar dan isyarat yang akan anda dapat adalah hasil daripada apa yang dibiaskan oleh repeater tersebut sahaja. 

5) Mesh

Mesh adalah antara teknologi yang paling terkini yang mampu untuk memberikan anda WiFi yang paling laju dan paling stabil. 
Namun dari segi harga ianya agak mahal lebih-lebih lagi yang menyokong WiFi 6 yang mana harganya boleh mencecah RM1,000. 

Jadi sebagai solusi kami cadangkan anda beli sahaja router yang boleh ditukarkan kepada mesh seperti model dari Asus atau D-Link yang berharga tak sampai RM300 pun.
Anda boleh beli 2 buah router mesh tersebut dan jadikan ia sebagai mesh kerana router memang sedia maklum jauh lebih padu berbanding mesh sahaja.
Tambahan fungsi sedia ada yang terdapat pada router tersebut semestinya anda mampu untuk menikmati sambungan WiFi yang kuat dan liputan yang lebih luas. 

Jadi jika anda salah seorang pelanggan WiFi yang mengalami masalah WiFi perlahan atau tak cukup liputan, anda boleh cuba naik taraf dulu beberapa peranti di atas.
Kebanyakan masalah berkaitan WiFi selesai dengan cara ini, selamat mencuba!

monalizavlog

View all posts

Add comment

Your email address will not be published.