Di zaman serba canggih sekarang kebanyakan produk datang dalam bentuk yang lebih compact dan simple.
Monitor juga tidak ketinggalan dengan perubahan ini kerana kini anda sudah boleh memiliki pelbagai jenis monitor mudah alih dengan saiz yang mudah dibawa serta ringan.
Jika anda sedang merancang untuk memiliki 1 monitor mudah alih bajet, anda boleh usha 4 model yang akan kami kongsikan di bawah.

1) ViewSonic VA1655 Portable Monitor

Model pertama ini anda boleh dapatkan dengan harga sekitar RM629 untuk saiz skrin 16".
Monitor mudah alih ViewSonic ini adalah yang paling ringan hanya 0.7 Kg dan senipis 1 cm sahaja.
Ia menggunakan panel jenis IPS, resolusi Full HD (FHD) 1920 x 1080, refresh rate 60Hz, response time GTG 7ms, menyokong kecerahan 250 cd/m², warna sehingga 16.2 juta dan sRGB 64%.
Anda boleh sambung monitor mudah alih ini dengan smartphone, tablet atau laptop (Windows dan macOS) menggunakan hanya 1 kabel  USB Type-C sahaja. 

Portable Monitor

Ciri istimewa yang ada pada monitor mudah alih ini adalah ia mempunyai penghalang untuk cahaya biru dan juga anti silau untuk penjagaan mata anda.
Untuk lebih keselesaan ia datang dengan stand dan pivot untuk anda ubah sudut sehingga 170º mendatar dan 170º menegak.
Selain menggunakannya secara normal iaitu kedudukan mendatar, anda juga boleh ubah dan gunakan ia secara menegak. 

Portable Monitor

Model ini memiliki sambungan jenis USB 3.2 Type-C untuk power dan signal, DisplayPort, 3.5mm audio out dan mini HDMI.
Dengan monitor mudah alih ini anda boleh melakukan aktiviti pembentangan mahupun menikmati program kegemaran anda dengan mudah kerana ia sudah dilengkapi 2 speaker 0.8 Watt.
Rata-rata pengguna monitor mudah alih ini mengakui yang kualiti paparan pada skrin sangat jelas dan cantik, setup yang mudah, saiz yang mudah dibawa malah muat untuk anda letak di dalam beg laptop. 
Selain itu ada juga pengguna yang membeli monitor mudah alih ini untuk dipadankan dan dimainkan bersama Nintendo Switch.

2) MSI Pro MP161 Portable Monitor

Model kedua ini pula datang dengan harga sekitar RM639 untuk saiz skrin 15.6" dengan berat sekitar 0.75 Kg dan setebal 1.08 cm.
Jenis panel, resolusi, refresh rate dan kecerahan sama dengan model ViewSonic tadi, cuma response time lebih pantas iaitu hanya 4ms GTG dan nilai sRGB lebih tinggi 53%.
Model MSI ini mempunyai sambungan 2 Type-C, 1 mini-HDMI dan menyokong Adaptive-Sync.
Ia juga dilengkapi 2 speaker 1.5 Watt dan sudut boleh dilaras dari 0° sehingga 180°.

Portable Monitor

Anda boleh padankan monitor mudah alih MSI ini dengan Pc, Mac, PS5, PS4, Xbox, smartphone dan juga laptop.
Ciri istimewa pada monitor mudah alih ini datang dengan teknologi MSI EyesErgo bersama fungsi anti-kerlipan, pengurangan cahaya biru dan anti silau untuk melindungi mata anda.
Model ini juga boleh digunakan secara mendatar mahupun menegak mengikut keselesaan anda. 
Selain paparan yang jelas dan menarik, anda tidak perlu pening kepala untuk memasangnya kerana ianya hanya perlu plug and play sahaja.

3) Lenovo ThinkVision M15 Portable Monitor

Model ketiga ini pula dalam pasaran sekarang anda boleh dapat dengan harga sekitar RM650.

Walaupun model ini adalah yang paling berat iaitu 0.86 Kg tapi dari segi ketebalan ia adalah yang paling nipis sekitar 0.6 cm sahaja.
Saiz skrin, resolusi, jenis panel, kecerahan dan refresh rate sama seperti model MSI tadi cuma response rate sekitar 6ms.
Sudut boleh diubah sehingga 178º dan menyokong warna sehingga 16.7 juta,
Untuk sambungan pula ia ada 2 USB 3.1 Type-C tapi tidak datang sekali speaker, berbeza dengan 2 model pertama tadi.  

Portable Monitor

Namun model Lenovo ini ada 1 ciri yang tiada pada 2 model di atas tadi iaitu ia dilengkapi VESA Mount 100 x 100 mm.
Ia juga datang dengan teknologi cahaya biru yang rendah bagi melindungi mata anda daripada keletihan yang disebabkan oleh frekuensi cahaya biru.
Untuk mengaktifkannya semudah dengan menekan 1 butang yang disediakan sahaja.
Kebanyakan mereka yang memiliki monitor mudah alih Lenovo ini untuk dibawa bersama semasa melancong dan outstation kerana fizikalnya yang nipis dan ringan.
Ianya juga mudah untuk digunakan, hanya perlu On, cucuk dan guna. 
Dari segi kualiti paparan pula memang terang dan jelas tambahan pula skrinnya jenis matte sangat sesuai anda membaca dokumen.

4) Asus ZenScreen MB165B Portable USB Monitor

Model terakhir ini pula datang dengan harga sekitar RM659 dengan berat 0.78 Kg dan ketebalannya 1.18 cm.
Paparannya bersaiz 15.6", panel jenis TN, resolusi 1366x768 (WXGA ), kecerahan 220 cd/m², paparan warna 260K, refresh rate 60Hz dan response time 10ms (Tr+Tf).  
Monitor mudah alih Asus ini mempunyai bezel yang nipis menjadikan paparan pada skrin kelihatan lebih luas dan juga anti silau serta mampu menukar mod landskap atau potret secara automatik. 

Portable Monitor

Meskipun model ini tidak mempunyai speaker dan bukan resolusi FHD tapi paparan pada skrin masih lagi jelas di samping pergerakan cursor yang smooth serta anda hanya memerlukan 1 kabel sahaja untuk power dan paparan.
Selain itu monitor mudah alih ini juga datang dengan High-bandwidth Digital Content Protection (HDCP) dan DisplayWidget.
Anda boleh muat turun DisplayWidget untuk ubah pelbagai setting pada monitor mudah alih Asus ZenScreen MB165B ini. 

Jadi untuk anda yang merancang ingin memiliki 1 monitor mudah alih bajet untuk bawa outstation, travel dan sebagainya, anda boleh dapatkan salah satu model di atas tadi.
Jika artikel kali ini bermanfaat untuk anda, jangan lupa kongsikan dengan kenalan anda.

monalizavlog

View all posts

Add comment

Your email address will not be published.