Ini antara soalan yang banyak kami terima iaitu smartphone apa yang ada dalam pasaran sekarang yang paling berbaloi untuk gaming.
Dalam masa yang sama tak koyakkan poket anda, jadi kali ini kami datang 5 model untuk anda!
1) Infinix GT 10 Pro
Smartphone gaming pertama ini baru sahaja dilancarkan di Malaysia dengan harga RM948.
Elemen gaming pada smartphone ini memang jelas kelihatan.
Ia menggunakan processor Dimensity 8050, RAM 8GB, storage 256GB, skrin jenis AMOLED bersaiz 6.67", refresh rate yang tinggi 120Hz, bateri besar 5,000mAh dan yang paling penting menyokong pengecasan pantas 45 watt.
Saiz smartphone ini memang sangat sesuai untuk anda layan movie dan juga main game ditambah pergerakkan yang dipaparkan pada skrin juga sangat smooth.
2) Realme 11 5G
Smartphone kedua ini pula walaupun harganya masih dalam kategori bajet tapi ia kelihatan sangat premium.
Harga smartphone ini sekitar RM938 dengan skrin bersaiz 6.7".
Walaupun secara nombornya skrin Realme ini lebih kurang sama dengan Infinix tadi tapi bila anda pegang Realme 11 5G ini anda akan rasa yang skrinnya lebih besar dan lebih sedap dipegang.
Tapi harus diingat yang skrin Realme ini bukan jenis AMOLED tapi sebaliknya hanya IPS LCD.
Untuk processor ia menggunakan Dimensity 1600, RAM 8GB, storage 256GB, bateri 5,000mAh dan yang paling menarik pengecasan pantas 67 watt memang sangat laju.
3) Honor 90 Lite
Harga smartphone ketiga ini pula sekitar RM930 dengan saiz skrinnya sama seperti Realme iaitu 6.7".
Menggunakan panel jenis LTPS LCD, refresh rate 90Hz, reka bentuknya juga agak premium dan memang sangat selesa untuk dipegang.
Spesifikasi lain ia menggunakan processor Dimensity 6020, RAM 8GB, storage 256GB, bateri 4,500mAh dan pengecasannya 22.5 watt.
Walaupun anda nampak spesifikasinya agak rendah tapi untuk anda main Mobile Legends, PUBG Mobile dan CrossFire dengan setting yang tinggi pun memang tiada masalah, memang smooth sahaja.
4) Poco X5 Pro 5G
Ini adalah smartphone yang menjadi bualan ramai untuk gaming terutamanya.
Spesifikasi smartphone ini boleh dikatakan yang paling terbaik untuk bajet bawah RM1,000 tapi reka bentuknya ada sedikit kurang iaitu ianya tak nampak begitu premium.
Poco X5 Pro 5G ini datang dengan 3 pilihan warna iaitu Hitam, Kuning dan Biru.
Saiz skrinnya 6.67", paparan jenis AMOLED dengan refresh rate 120Hz, processor Snapgragon 778G, RAM 6GB, storage 128GB, bateri 5,000mAh dan paling penting ia menyokong pengecasan pantas 67 watt.
Pengalaman gaming menggunakan smartphone ini memang terbaik dan padu habis.
Anda boleh main kebanyakan jenis game tanpa sebarang masalah lag.
Harga smartphone ini paling murah kami jumpa RM999.
5) Redmi Note 12 Pro 4G
Dari segi spesifikasi model terakhir ini lebih kurang sahaja dengan Poco X5 Pro tadi cuma bezanya ia menggunakan processor Snapdragon 732G yang mana prestasinya kurang sedikit berbanding Snapdragon 778G tadi.
Tapi jangan risau, anda masih lagi boleh main kebanyakan game tanpa sebarang masalah dengan Redmi Note 12 Pro 4G ini.
Harga smartphone ini pula anda boleh dapat dengan harga sekitar RM919.
Jika smartphone pilihan anda tiada dalam list di atas, anda boleh periksa dahulu 3 perkara ini sebelum membuat pembelian.
Add comment