Jika di artikel sebelum ini kami ada kongsikan 5 model mouse wireless gaming bajet yang patut anda beli, kali ini kami akan kongsikan pula berkaitan keyboard wireless mechanical pula.
Yang pasti harganya juga dalam kategori bajet iaitu di bawah RM200, jom!
1) Darkflash GD100 Mechanical Wireless Keyboard
Model pertama ini memang sangat laku di kedai kami, sudah beberapa kali kami restock keyboard ini kerana permintaannya yang sangat tinggi.
Sekali pandang keyboard ini kelihatan compact tapi ianya seperti keyboard full size, ada sekali numpad key.
Jadi untuk anda yang mencari keyboard untuk ruangan yang terhad, model DarkFlash GD100 ini memang sesuai.
Cuma kekurangan keyboard ini adalah ia tiada RGB dan malah lampu LED pun memang langsung tiada.
Keyboard ini datang dengan 3 pilihan warna iaitu Brown Sugar, Milk & Brown dan Dark Shadow.
Dari segi keselesaan semasa menaip pula anda tidak perlu risau, kerana ianya sangat mantap.
Jadi jika anda perlukan keyboard compact sekali numpad untuk buat kerja, ini adalah pilihan yang terbaik.
2) ZA68 Wireless Mechanical Keyboard
Kedua keyboard ini pula mungkin anda tidak pernah dengar pun jenama keyboard ini.
Seperti namanya keyboard ini datang dengan 68 key termasuk 1 knob.
Yang menariknya arrow key pada keyboard ini terletak di ruangannya yang tersendiri jadi tidak mudah typo.
Untuk knob pula anda bukan sahaja boleh gunakan ia untuk mengawal volume, malah ianya boleh digunakan untuk mengawal LED light bar yang ada di bahagian kiri dan kanan keyboard ini.
Keyboard ini jenis hot-swappable yang mana anda boleh cabut dan tukar switch mengikut cita rasa anda.
Untuk sambungan pula ia datang dengan 3 jenis sambungan iaitu wireless, Bluetooth dan berwayar.
Setakat yang kami sudah cuba, bateri keyboard ini boleh dikatakan agak tahan lama.
Keyboard ZA68 ini datang dengan 2 pilihan warna iaitu Time Machine (gabungan warna turquoise, putih dan brown orange) dan Hyacinth (warna pastel gabungan pink, ungu dan putih).
3) VGN N75 Wired Mechanical Keyboard
Model ketiga ini bagi kami memang sangat-sangat kami ingin recommend anda untuk beli.
N75 bermakna keyboard ini mempunyai 75 key, ada dedicated arrow key, butang navigasi dan yang paling penting ada key FN dari F1 sehingga F12.
Saiz keyboard ini sangat compact dan knob-knob yang ada boleh digunakan untuk mengawal volume.
Tak lupa juga keyboard ini juga dilengkapi RGB dengan strukturnya yang sangat mantap lebih-lebih lagi untuk kerja-kerja menaip.
Di samping itu bunyi yang dihasilkan oleh keyboard ini juga sangat memuaskan halwa telinga serta mempunyai saiz bateri yang agak besar dan tahan lama.
Keyboard ini datang dengan 4 pilihan warna iaitu Hitam, Putih, Caribbean Blue dan Jelly Orange.
Jika anda berminat dengan model lain selain 3 model di atas tadi, pastikan anda cek beberapa perkara pada keyboard tersebut antaranya seperti saiz keyboard, jenis sambungan, sama ada keyboard tersebut jenis hot-swappable atau tidak dan yang terakhir jenis switch yang digunakan.
Add comment