Sebelum anda membuat keputusan untuk membeli komputer riba baru, ada beberapa perkara yang anda perlu titikberatkan.
Selain daripada spesifikasi komputer riba tersebut, anda juga perlu kenalpasti jenis komputer riba yang macam mana yang anda nak.
Terdapat beberapa lagi jenis komputer riba selain laptop yang dipanggil sebagai Notebook, Ultrabook, MacBook dan Chromebook.
Mari kita tengok perbezaan di antara 4 jenis komputer riba ini, jom!
1. Notebook
Seperti namanya iaitu note semestinya anda sudah boleh agak yang komputer riba jenis ini saiznya lebih kecil berbanding laptop biasa yang ada di pasaran.
Berat Notebook ini biasanya tak sampai 2kg dengan paparan saiz skrin antara 11 inci sehingga 13.3 inci.
Jadi memang bukan satu masalah untuk anda bawa bersama Notebook ini ke mana-mana sahaja.
Bergantung pada spesifikasi Notebook tersebut rata-rata ianya sesuai untuk kegunaan pelajar sekolah dan para pekerja pejabat yang selalu outstation.
2. Ultrabook
Komputer riba jenis Ultrabook ini pula datang dengan reka bentuk yang lebih menawan.
Ia direka dengan sangat nipis, ketebalannya tidak lebih dari 1.5cm dan ianya juga sangat ringan lebih kurang Notebook tadi.
Di tambah pula spesifikasinya yang mantap, biasanya menggunakan processor Intel dan storage jenis SSD sememangnya sesuai untuk anda yang tergolong dalam bidang profesional.
Jadi untuk anda bawa laptop ini bersama-sama sama ada ke pejabat, meeting, outstation dan lain-lain memang cun sangat, menggamit mata yang memandang
Dari segi harga pula semestinya lebih mahal tapi sepadan dengan kualiti yang akan anda perolehi.
Mungkin anda pernah terdengar model-model seperti Asus Zenbook, Lenovo Yoga, Acer Swift 3 Oled dan lain-lain kan?
Model-model ini sebenarnya termasuk dalam kategori Ultrabook.
Biasanya laptop Ultrabook ini juga datang dengan fungsi 2-in-1 yang mana anda boleh lipat ia untuk dijadikan seperti tablet.
3. MacBook
Seperti namanya Macbook ia menggunakan perisiannya yang tersendiri iaitu macOS.
Perisian jenis ini dikatakan sangat stabil dan lebih mesra pengguna.
Dikatakan juga pengguna yang baru mencuba perisian ini buat pertama kali bersetuju yang ianya lebih mudah digunakan berbanding perisian Windows.
MacBook ini sangat popular di kalangan pembuat kandungan (content creator) dan juga mereka yang berada dalam bidang professional.
Ini kerana prestasi yang ditunjukkan oleh MacBook agak baik sepanjang penggunaannya.
Dari segi reka bentuk pula ianya lebih tahan lasak dan jangka hayatnya mampu bertahan lebih lama sehingga lebih 6 Tahun melalui penjagaan yang baik.
Jadi tidak hairanlah kenapa MacBook ini sering menjadi idaman ramai untuk memilikinya
4. Chromebook
Jika MacBook tadi menggunakan perisian MacOS, Chromebook ini juga menggunakan perisiannya yang tersendiri yang dipanggil sebagai ChromeOS.
Ia adalah sistem operasi yang mempunyai cloud storage dan mempunyai kawalan keselamatan yang tinggi.
Namun spesifikasi Chromebook ini sangat terhad seperti penggunaan processor yang rendah, kapasiti RAM dan storage yang kecil.
Oleh sebab itu harga Chromebook ini lebih murah berbanding komputer riba yang lain dan sangat sesuai dengan bajet para pelajar terutamanya.
Selain laptop biasa, antara 4 jenis komputer riba ini yang mana lebih menarik perhatian anda?
Pastikan anda pilih komputer riba yang bukan sahaja spesifikasinya memenuhi keperluan penggunaan anda tetapi juga mudah untuk digunakan dan dibawa bersama.
Selamat Menyambut Ulang Tahun Ke 3
Monaliza Wakaf Siku