Pernah tak bila anda nak muat turun sesuatu aplikasi melalui lama web, ia akan keluar pilihan untuk 32-bit dan juga 64-bit?
Adakah anda boleh pilih sahaja yang mana-mana?
Sebenarnya tak boleh, anda kena pilih yang sesuai dengan bit laptop atau Pc anda tu.

Cara Cek Sistem Bit

Mula-mula sekali kami akan ajarkan pada anda cara yang paling mudah untuk anda anda cek bit laptop atau Pc anda tu.
Pada butang Start anda pilih Settings > System > About.
Kemudian di bawah Device specifications, anda boleh nampak jenis bit yang dipaparkan di sebelah System type.
Sekarang anda sudah tahu laptop anda tu bit yang mana, jadi mari kita lihat perbezaanya pula.

1. Kapasiti RAM

Bit ini menunjukkan bagaimana CPU mengendalikan data dalam sesebuah laptop atau Pc.
Ia juga mempengaruhi kapasiti maksimum RAM pada komputer tersebut.
32-bit biasanya digunakan pada Windows yang lama seperti Windows XP, ianya sedikit perlahan dan kurang selamat.
32-bit mempunyai had untuk RAM sehingga 4GB sahaja.
Manakala 64-bit banyak digunakan pada Windows yang terkini, lebih laju, lebih selamat dan kapasiti RAM 8GB ke atas.
Sekiranya anda masukkan RAM 8GB ke dalam laptop 32-bit, laptop tersebut akan menjadi bertambah perlahan kerana ia tidak berupaya untuk memproses lebihan saiz RAM tadi.

2. Perisian Yang Sesuai 

Selain terhad dari segi kapasiti RAM, 32-bit juga hanya boleh menggunakan sistem pengoperasian, perisian atau aplikasi yang datang dengan 32-bit sahaja.
Anda tidak boleh memasukkan aplikasi 64 bit pada laptop atau Pc 32 bit.
Akan tetapi perkara ini tidak terjadi kepada laptop atau Pc 64-bit.
Kebanyakan aplikasi 32-bit biasanya boleh digunakan pada laptop atau Pc 64-bit.

3. Prestasi

Dari segi prestasi memang tak perlu dibandingkan lagi, memang laptop atau Pc dengan 64-bit semestinya lebih cepat dan lebih efisien.
Ia mampu untuk memproses data dengan pantas dalam waktu yang singkat.
Sebaliknya terjadi pada 32-bit, ia memerlukan waktu yang lebih lama untuk memproses sesuatu data.
Jadi prestasinya semestinya lebih perlahan.

4. Harga

Dari segi harga tidak dinafikan yang 32-bit lebih murah.
Tapi untuk kegunaan pada masa sekarang yang memerlukan segalanya selesai dengan cepat dalam waktu yang singkat, makanya 64-bit adalah pilihan yang jauh lebih terbaik meskipun harganya lebih mahal.
Tapi harga tersebut sebenarnya berbaloi dengan hasil prestasi yang akan anda dapat.

5. Jenis Kegunaan

Laptop atau Pc yang ada di pasaran sekarang memang rata-rata sudah 64-bit.
Tapi jika anda masih memiliki laptop atau Pc yang lama dan masih boleh digunakan, anda boleh sahaja terus menggunakan ia selagi ianya berfungsi.
Cuma penggunaannya lebih terhad untuk kegunaan sendiri, layan movie, buat kerja pejabat dan lain-lain.
Jika anda ingin melakukan kerja-kerja edit gambar, audio, video malah untuk bermain game, 32-bit semestinya sangat tidak sesuai.
Hampir kebanyakan aplikasi dan game terkini sudah tidak boleh digunakan pada sistem 32-bit.
Untuk kegunaan seperti itu 64-bit adalah yang terbaik buat masa sekarang.

Walaupun 64-bit banyak kelebihannya, namun ia juga ada 2 kekurangan iaitu ia tidak boleh menggunakan aplikasi 16-bit dan tidak sesuai untuk laptop atau Pc yang lama.


monalizavlog

View all posts

Add comment

Your email address will not be published.