Jangan tak tahu pendrive yang anda selalu guna untuk simpan fail tu sebenarnya boleh buat banyak benda lagi tau.
Jadi kali ini jom kami tunjukkan bagaimana anda boleh manfaatkan lagi penggunaan pendrive tersebut, jom!

1. Sebagai OTG

Pendrive

Cara pertama ini memang dah ramai yang tahu tapi tak ramai yang mahu mencuba atau menggunakannya.
Mungkin sebab leceh kena beli adapter tambahan tapi sebenarnya harga adapter tersebut sangat murah serendah RM10 sahaja.
Dan kerja-kerja anda untuk pindahkan fail seperti video atau gambar daripada smartphone ke pendrive akan jadi lebih mudah dan sangat cepat dengan adanya adapter tersebut.
Lagi satu anda juga boleh jimatkan duit daripada membeli iCloud, Google Drive, OneDrive atau Dropbox.

2. Sebagai Portable Boot Storage

Anda boleh masukkan Windows atau Linux ke dalam pendrive dan cucuk pendrive tersebut pada Pc lain.
Bila anda bootable drive tersebut anda sudah boleh guna ia seperti Pc anda sendiri.
Anda bukan sahaja boleh buka Windows malah jika ada kerja atau game yang anda sudah install anda boleh mainkan ia pada Pc baru tadi.

3. Sebagai Virus Scanner

Pendrive yang sudah diubah menjadi virus scanner anda boleh cucuk pada laptop atau Pc yang ada virus untuk pulihkan ia tanpa perlu format.
Ada banyak antivirus yang anda boleh guna untuk dimasukkan ke dalam pendrive tersebut seperti Panda, Bitdefender, Kaspersky dan lain-lain.

4. Sebagai Cloud Storage

Anda cucuk pendrive ke router yang ada port USB A, kemudian ada beberapa configurasi yang perlu anda lakukan.
Anda kena aktifkan fungsi storage yang ada pada router tersebut untuk membolehkan anda akses ia dari mana-mana sahaja asalkan internet di rumah anda tu ada sambungan.

Anda bukan sahaja boleh jadikan ia sebagai tempat simpan data malah anda juga boleh jadikan ia sebagai media server contohnya muat turun movie, simpan dalam pendrive tadi dan boleh mainkan ia pada laptop, Pc, Tv dan lain-lain.
Cloud storage yang anda buat tadi juga boleh dikongsikan beramai-ramai dengan ahli keluarga, kawan-kawan dengan cara yang sangat mudah.

5. Sebagai Lock Key

Ini adalah sebagai kunci untuk komputer anda.
Caranya sangat mudah, anda hanya perlu install software lock key ke dalam pendrive tersebut.
Bila komputer anda dalam keadaan turn off dan ada orang lain nak cuba buka komputer anda tu mereka kena cucuk pendrive yang kita sudah jadikan sebagai lock key tadi.
Walaupun ada yang cuba turn on komputer anda tu tapi mereka tetap tak boleh nak buka, mereka tak boleh nak masukkan password mahupun nak tekan sebarang key.

Ini kerana dari awal lagi Windows pada komputer tersebut sudah block.
Jadi untuk unblock memang kena pakai key yang anda sudah buat menggunakan pendrive tadi.
Katakan jika anda sedang guna komputer tersebut dan ada yang cabut pendrive tadi, komputer tersebut akan automatik blank.
Bila anda cucuk semula pendrive tadi baru anda boleh guna semula komputer tersebut.

Jadi antara 5 cara di atas tadi yang mana anda rasa sangat bagus dan patut anda cuba?
Mungkin juga ramai yang belum tahu tentang cara-cara ini jadi jangan lupa kongsikan pada kenalan anda.
Semoga memberi manfaat anda kita semua.

monalizavlog

View all posts

Add comment

Your email address will not be published.