Jika anda ada perancangan untuk tukar router WiFi sedia ada anda tu tapi nak yang lebih mantap, kelajuan memukau, liputan luas dan dalam masa yang sama harga yang berpatutan, anda boleh usha 3 model yang akan kami kongsikan ini.

1) TP-Link AX1500 WiFi 6 Router

Untuk TP-Link AX1500 ni sebenarnya ada 2 model iaitu Archer AX10 dan Archer AX12.
Archer AX10 adalah model yang lama dan sekarang sudah diganti dengan model Archer AX12.
Anda boleh dapatkan model ini di pasaran dengan harga sekitar RM179 sahaja.
Model ini mempunyai dual band dengan kelajuan sehingga 1.5 Gbps iaitu 1201 Mbps untuk 5 GHz dan 300 Mbps untuk 2.4 GHz. 

Router ini dilengkapi dengan teknologi OFDMA dan MU-MIMO yang membolehkan lebih banyak peranti mampu disambungkan pada WiFi serta mengurangkan masalah lagging.
Selain itu ia juga mampu meluaskan liputan WiFi dengan adanya teknologi beamforming dengan tambahan 4 antena.
Selain sambungan WiFi, anda juga boleh memanfaatkan 3 port LAN yang terdapat pada router ini untuk sambungan internet yang lebih pantas tanpa gangguan.

Dari segi keselamatan siber pula anda tidak perlu risau kerana ia turut dilengkapi WPA3 di samping anda mampu untuk naiktaraf firmware dengan lebih mudah dengan 1 klik sahaja.
Fungsi perlindungan untuk anak-anak juga ada di mana anda boleh menyekat kandungan yang tidak sesuai serta boleh juga menghad waktu untuk anak anda melayari internet.
Router ini turut menyokong semua piawaian 802.11 yang sebelum ini dan kesemua peranti WiFi yang lain. 
Akhir sekali anda boleh setup router ini dengan sangat mudah menggunakan aplikasi TP-Link Tether.

2) Tenda TX2 Pro AX1500 Dual-Band Gigabit WiFi 6 Router

Router

Model kedua ini juga jenis dual band dengan kelajuan sehingga 1501Mbps, 300Mbps untuk 2.4GHz dan 1201Mbps untuk 5GHz.
Cuma berbanding model pertama tadi, ia mempunyai 5 antena luaran jenis 6dBi high-gain dan teknologi beamforming yang mampu melenyapkan WiFi dead zone.
Persamaan di antara router ini dengan model TP-Link tadi adalah kedua-duanya mempunyai teknologi OFDMA, MU-MIMO dan terdapat 3 port LAN.
Melalui aplikasi Tenda ia memberi pilihan untuk ibu bapa mengawal anak-anak mereka melayari internet serta jaminan keselamatan siber WPA3. 
Di pasaran paling murah anda boleh dapatkan router Tenda ini dengan harga RM159 sahaja. 

3) Mercusys MR50G AC1900 Wireless Dual Band Gigabit Router

Model ketiga ini pula adalah yang paling murah iaitu harga sekitar RM149 dengan kelajuan paling tinggi dan jumlah antena paling banyak.
Kelajuan router ini boleh mencapai sehingga 1900 Mbps, 1300 Mbps untuk 5 GHz dan 600 Mbps untuk 2.4 GHz.
Dengan adanya 6 antena jenis high-gain serta teknologi beamforming, ia mampu memberikan sambungan yang stabil di segenap sudut.

Seperti 2 model di atas tadi, model Mercusys ini juga mempunyai teknologi MU-MIMO cuma untuk port LAN hanya ada 2 sahaja. 
Selain itu ia juga mempunyai fungsi kawalan untuk ibu bapa serta ia menyokong IPTV dan IPv6. 
1 kelebihan yang ada pada router terakhir ini adalah ia mempunyai ciri smart connect yang mampu menggabungkan dual band menjadi satu.
Dengan itu peranti anda bebas memilih sambungan yang terbaik dari segi kekuatan isyarat dan kelajuan WiFi.

Jadi ini adalah 3 model router WiFi 6 yang anda boleh dapatkan di pasaran dengan harga bawah RM200 yang mempunyai kekuatan untuk menyebarkan WiFi dengan lebih laju dan lebih luas. 
Jika perkongsian ini bermanfaat, jangan lupa kongsikan pada kenalan anda sekali! 

monalizavlog

View all posts

Add comment

Your email address will not be published.