Anda dah bosan asyik guna mouse gaming berwayar je?
Untuk yang ada bajet tak berapa nak besar tapi teringin nak cuba mouse gaming tanpa wayar pula artikel ini sememangnya untuk anda!
Model yang pertama ini adalah yang terpaling bajet dengan harga sekitar RM70 sehingga RM80.
Apa yang menarik pada mouse gaming ini adalah dari segi reka bentuknya.
Mouse ini jenis transparent, ada RGB, ringan dan sedap untuk dipegang.
DPI mouse ini boleh capai sehingga 2,400 DPI dan dari segi tracking pun memang okay.
Cuma kalau anda guna skrin 2K atau 4K mungkin anda akan rasa pergerakan cursor tu agak perlahan sedikit.
Ciri yang menarik pada mouse ini adalah main switch di kiri dan kanannya jenis silent yang mana agak susah untuk dijumpai pada mouse gaming jenis wireless.
Dari segi kualiti memang mouse ini sangat kukuh, butang-butangnya kemas dan tak longgar.
2) Razer Basilisk X Hyperspeed
Model kedua ini pula harganya sudah lebih RM100 tapi dengan kualitinya masih berbaloi untuk anda miliki.
Harganya sekitar RM169 tapi anda boleh dapat lebih murah semasa promosi.
Ia adalah mouse jenis ergonomik jadi bentuknya tak sekata, kiri dan kanannya tak sama.
Jadi sebelum anda beli anda kena test dulu dengan tangan anda untuk pastikan ianya selesa atau tidak.
DPI mouse ini boleh capai sehingga 16,000 dengan switch dan sensor dari Razer sendiri.
Mouse ini menggunakan bateri AA dan sangat tahan lama.
Perkara paling menarik tentang mouse ini adalah ia customizable.
Anda bukan sahaja boleh tukar DPI menggunakan software tapi anda juga boleh tukar mousefeet dan skin mouse ini mengikut citarasa anda.
Selain sambungan secara wireless, anda juga boleh sambung mouse ini secara Bluetooth.
3) Fnatic Bolt Wireless
Mouse ini boleh dikatakan sangat bagus, datang dengan 3 jenis sambungan iaitu wayar, wireless 2.4GHz dan juga sambungan Bluetooth.
Sensor jenis pixart 3370, mousefeet 100% PTFE, reka bentuknya sangat minimal serta selesa dengan beratnya tak sampai 70g.
Jika anda seorang yang suka barangan simple anda pasti akan jatuh cinta dan menyukai mouse gaming Fnatic ini.
Harga mouse ini sekitar RM170 sehingga RM200.
4) Machenike M7 Pro
Harga mouse ini pula sekitar RM170 sehingga RM190.
Ia menggunakan sensor pixart 3395 yang merupakan sensor terbaik untuk mouse gaming wireless.
Tracking juga padu, DPI tinggi sehingga 26,000 serta power consumption yang rendah menjadikan bateri yang digunakan tu lebih tahan lama.
Mousefeet 100% PTFE dan switch boleh ditekan sehingga 80 juta click.
Sambungannya secara berwayar dan juga wireless 2.4GHz, dari segi lag memang anda tak perlu risau.
5) Keychron M3 Mini
Ini adalah mouse gaming wireless yang mantap untuk masa sekarang.
Mouse ni anda boleh dapat dengan harga di bawah RM200 dan spesifikasinya tak jauh dari mouse Machenike tadi.
Ia menggunakan sensor pixart 3395, mousefeet 100% PTFE, ia juga boleh ditekan sehingga 80 juta click dan datang dengan 3 jenis sambungan iaitu wayar, wireless dan Bluetooth.
Bersama mouse ini anda akan dapat 2 jenis dongle iaitu jenis USB A dan Type-C jadi anda boleh guna pada mana-mana peralatan anda.
Mouse ini juga sangat ringan, sedap dipegang dan sesuai untuk kebanyakan saiz tangan.
Jika anda ada mouse gaming wireless pilihan anda sendiri, pastikan anda cek dulu ciri-ciri ini.
Periksa jenis sensor, mousefeet dan switch yang digunakan, reka bentuk yang sesuai dengan tangan anda, dari segi ketahanan serta sama ada mouse tersebut customizable atau tidak.
Add comment