Kalau dulu untuk besarkan dan sebarkan suara memang ada 1 sahaja pilihan iaitu speaker.
Itu pun kena buat pilihan juga sebab di pasaran terdapat banyak sangat model speaker.
Bertambah pening sekarang ada pula subwoofer dan soundbar, jadi jom sama-sama kita kenalpasti perbezaannya!

1) Speaker

Terdapat banyak model speaker di pasaran yang datang dengan pelbagai jenis saiz dan ukuran.
Anda mempunyai banyak pilihan untuk diletakkan di mana-mana ruang yang ada meskipun di ruangan yang sempit.
Tambahan pula speaker-speaker ini mempunyai kualiti bunyi yang mantap, jadi tidak hairanlah ianya menjadi pilihan utama pendengar di luar sana.
Kelebihan lain bagi speaker adalah ia biasanya datang dengan ciri yang banyak yang anda boleh ubah mengikut halwa telinga anda, proses setup yang mudah dan simple serta harganya sangat berpatutan.

Speaker ini sangat sesuai untuk anda yang inginkan pengalaman yang mengasyikkan semasa menonton filem atau bermain game.
Namun harus diketahui juga yang speaker dengan kualiti bunyi yang sangat menakjubkan harganya akan menjadi sedikit mahal, sesuai dengan kualitinya.
Namun jika anda rasa sedikit tidak berpuas hati dengan bunyi yang keluar dari speaker sahaja, anda boleh tambah subwoofer bagi sesetengah model speaker.

2) Subwoofer

Subwoofer adalah pembesar suara yang menghasilkan frekuensi rendah, mampu memberikan bunyi yang lebih penuh dan menjadikan muzik atau filem yang anda tonton lebih mengasyikkan.
Subwoofer ini boleh dipadankan dengan speaker dan juga soundbar secara built in mahupun sebagai komponen tambahan.
Jika ia datang sebagai komponen tambahan, anda boleh alihkan ia ke posisi terbaik menurut anda bagi mendapatkan bunyi yang anda inginkan. 

3) Soundbar

Soundbar pula adalah pembesar suara yang datang dengan 1 jenis reka bentuk sahaja iaitu panjang dan segi empat tepat.
Rata-rata memilih soundbar ini untuk dipadankan dan diletakkan di bawah Tv yang jenis nipis kerana kualiti bunyi Tv sekarang agak kurang memuaskan.

Tambahan soundbar ini di bawah Tv tadi boleh dijadikan sebagai aksesori dan menambahkan lagi pemandangan yang mewah.
Di samping wayar yang terdapat pada soundbar sangat minimal iaitu hanya 1 jenis sahaja jadi ia tidak kelihatan begitu serabut. 
Kualiti bunyi yang dihasilkan oleh soundbar ini juga bagus kerana ia dilengkapi beberapa speaker di dalamnya serta subwoofer.
Anda boleh dapatkan soundbar yang ada di pasaran sekarang dengan harga yang sangat berpatutan.  

Dari segi bajet bukan menjadi satu masalah kerana di pasaran sekarang terdapat banyak model yang anda boleh pilih mengikut bajet anda.
Seeloknya sebelum anda membuat pembelian anda cuba test dengar dahulu bagi puas hati.

monalizavlog

View all posts

Add comment

Your email address will not be published.