Untuk Tahun 2023 sekarang ni, dengan bajet RM500 anda sudah boleh miliki 1 monitor gaming dengan paparan yang cantik serta dilengkapi ciri-ciri gaming yang menarik.

Jadi sangat merugikan jika anda memilih monitor biasa berbanding monitor gaming sedangkan harganya sama.

1. Monitor TrillionX TX24100FI

Model pertama ini mungkin anda tak pernah dengar jenama ini tapi ia sebenarnya jenama dari Malaysia.
Walaupun ianya tak berapa dikenali tapi kami boleh jamin kepada anda yang paparan yang diberikan kepada pengguna sangat mengancam.
Harganya juga sangat mampu milik, hanya RM349 sahaja.

Monitor

Monitor ini bersaiz 24 inci, panel jenis IPS dan yang paling penting sRGB 100% menjadikan imej dan warna yang dipaparkan pada skrin memang terbaik.
Untuk kegunaan gaming pula ia datang dengan refresh rate yang tinggi iaitu 100Hz, response time 4ms dan dilengkapi AMD FreeSync.
Setakat yang kami guna, untuk casual gamer tiada lagi masalah tearing, ghosting dan sebagainya.

2. Monitor AOC 24B1XH2

Monitor kedua ini sangat terkenal di platform TikTok.
Ia adalah monitor gaming dengan refresh rate tinggi yang paling murah harga RM300.
Harga sebenarnya dalam RM339, murah sedikit sahaja dari model pertama tadi.
Monitor ini bersaiz 24 inci, panelnya seperti Philips jadi warnanya memang lebih kurang sama sahaja dengan monitor Philips, memang cantik.
Malah lebih cantik sebab ianya menggunakan panel IPS.

Monitor

Cuma ciri gaming pada monitor ini kurang sedikit berbanding monitor TrillionX tadi.
Walaupun refresh rate tinggi 100Hz tapi response time monitor ini hanya 8ms.
Dari segi reka bentuk pula monitor AOC ini memang nampak betul-betul gaming.

3. Monitor Samsung Curved

Jika anda peminat monitor jenis melengkung anda boleh dapatkan monitor yang ketiga ini.
Harga monitor ini sekarang dalam RM480 berbanding sebelum ni harganya sekitar RM569.
Walaupun lengkungannya tak nampak jelas sangat iaitu 1800R tapi anda akan perasan bila main game.

Monitor

Monitor ini menggunakan panel VA dan dari segi warna ianya kurang sedikit berbanding 2 model di atas tadi.
Refresh rate pula memang tinggi iaitu 144Hz dengan response time 4ms dan dilengkapi FreeSync.
Sepanjang 2 minggu kami cuba monitor ini memang kami tak hadapi langsung masalah tearing, ghosting dan lain-lain jadi memang okay sangat.

4. Monitor Acer Aopen 27HC5RV

Monitor

Monitor keempat ini juga reka bentuknya jenis melengkung tapi lengkungannya bukan biasa-biasa.
Monitor ini lengkungannya 1500R jadi bila anda duduk depan monitor ni memang anda akan rasa pengalaman yang menakjubkan.
Saiz monitor ini juga besar 27 inci, panel jenis VA dan response time 5ms.

5. Monitor Asus TUF Gaming VG246H1A

Monitor

Monitor terakhir ini pula reka bentuknya memang gaming habis dan segala ciri gaming yang anda perlukan ada pada monitor ini.
Saiz monitor ini 23.8 inci, menggunakan panel IPS dan refresh rate 100Hz.
Harga monitor ini bukan sahaja tak sampai RM500, malah tak sampai RM400 pun.

Jika anda ada monitor model lain untuk bajet ini, pastikan anda kenalpasti beberapa ciri ini sebelum beli.
Saiz minimal 24 inci untuk sesuaikan dengan saiz meja yang anda guna, resolusi Full HD, refresh rate lebih dari 100Hz, panel jenis IPS, response time tak lebih dari 4ms dan dilengkapi FreeSync

monalizavlog

View all posts

Add comment

Your email address will not be published.